Jul 20

AL-QURAN PEMANGKIN KESEMPURNAAN IMAN TEMA PILIHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TLDM

LUMUT, 19 Jul 18 – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tahun 2018 Masihi bersamaan 1439 Hijrah telah berlangsung penuh sederhana namun meriah di Auditorium M.Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Gambar 1
Laksamana Tan Sri Kamarulzaman diperkenalkan
kepada peserta akhir tilawah

Gambar 2
Auditorium M.Sidek Shabudin dipenuhi warga
Navy People yang hadir memberi sokongan

Bertemakan ‘Al-Quran Pemangkin Kesempurnaan Iman’, warga Navy People telah menyaksikan 13 peserta berentap meraih gelaran Juara Qari dan Qariah di peringkat akhir bermula seawal jam 9 pagi. Bagi saringan akhir, sebanyak 4 Kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Pegawai, Qari dan Qariah serta Saudara Baru dari 5 formasi TLDM iaitu Markas Tentera Laut, Markas Pemerintahan Armada Barat, Markas Pangkalan Lumut, Markas Logistik Barat, Markas Wilayah Laut 3 dan Markas Wilayah Laut 1.

Gambar 3
Bacaan ayat suci Al-Quran daripada pemenang

Gambar 3.2

Majlis yang dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut ini telah melibatkan kesemua warga Navy People yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut dalam menyumbang tenaga bagi persiapan majlis. Melalui penganjuran majlis seperti ini, TLDM juga dapat membuktikan bahawa perkhidmatan tetap memberi penekanan dan fokus terhadap tahap penguasaan bacaan Al-Quran warganya. Ini turut sama membawa objektif bahawa TLDM komited melahirkan warga yang bertaqwa, berakhlak mulia serta berhati waja.

Gambar 4.2
Piala pusingan bukti kejuaraan dalam MTAQ18

Gambar 4

Majlis penutup dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Badan Kesenian TLDM (BAKES). Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan oleh Ketua Jemaah Hakim serta diikuti bacaan oleh para pemenang. Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang seterusnya menyampaikan ucapan penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM 2018. Majlis diakhiri dengan bacaan doa, sesi bergambar dan jamuan. Tahniah dan syabas kepada kesemua peserta yang berjaya. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Gambar 5.2
Peserta Tilawah bergambar kenangan bersama
Panglima Tentera Laut dan Puan Sri Noor Azrina Abdullah

Gambar 5

Pemenang Keseluruhan : Markas Pemerintahan Armada Barat

A. Kategori Peg
1. Johan - Lt Mohd Shamram Bin Ramli TLDM
2. Naib - Lt Mohd Arif Bin Soef TLDM
3. Ketiga - Lt Kdr Salsabil Bin Ismail TLDM

B. Qari
1. Johan - LK 1 JTP Mohd Syahid Bin Salim
2. Naib - P/PW TLS Mohd Hafizan Bin Mohamad
3. Ketiga - BM PAP Mohd Rofieen Yusof

C. Qariah
1. Puan Rozaihan Razali
2. LK TNL Norzaiyana Kamaluddin
3. Puan Rohaizah Akasah

Saudara Baru
LK PGM Muhammad Amin Abdullah

Rujukan : 200718/03
Artikel : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Awam MPAB

Last modified on Jumaat, 20 Julai 2018 08:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 349

Semalam 879

Bulan ini 19813

Keseluruhan 1250242

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM