Jul 23

83 SERTAI KURSUS CTC DAN ASAS PTM PSSTLDM SABAH

SANDAKAN, 19 Julai 2018 – Pada 12 hingga 18 Julai 2018 yang lalu, Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah mengelolakan Kursus Laskar Kanan (LK), Laskar Kelas I (LK I), Laskar Kelas II (LK II) yang dikenali sebagai Common Training Course (CTC) atau Kursus Bersepadu dan Kursus Asas Perajurit Muda (PtM) PSSTLDM peringkat Zon Sabah di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bagai Budi, Sandakan.

Gambar 1
UJI KETAHANAN…Aktiviti fizikal dilaksanakan bagi menguji
kemampuan dan ketahanan fizikal peserta

Gambar 2
Perasmian Kursus oleh
YBhg Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM

Gambar 3
Latihan Kawad Kaki

Seramai 83 anggota pelatih PSSTLDM yang hadir dari unit-unit PSSTLDM dari seluruh Sabah iaitu KD SRI LIKAS, PSTL Tawau, PSTL Labuan dan PSTL Sandakan. PSTL Sandakan selaku tuan rumah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Markas Pasukan Simpanan TLDM, Kuala Lumpur bagi mengelolakan kursus kerjaya untuk anggota PSSTLDM terlibat. Majlis Perasmian Pembukaan Kursus telah dirasmikan oleh Pegawai Kehormat PSSTLDM Sandakan, YBhg Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM pada 12 Julai 18.

Gambar 4
Kelas Teori Istiadat

Gambar 5
Kelas Mencegah Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA)
- Pengenalan Alat Pemadam Api Kecil (APAK)

Sepanjang kursus dijalankan, para pelatih didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan ilmu asas ketenteraan seperti ilmu kelautan, pentadbiran, persenjataan, kawad kaki dan sebagainya bagi membentuk sahsiah dalam diri anggota serta ketahanan mental dan fizikal untuk menjadi sebahagian anggota tentera.

Gambar 6
Latihan Rempuh Halangan

Gambar 7
Lawatan malam ke mess kediaman pelatih

Gambar 8
Aktiviti sukan

Gambar 9
KEMANTAPAN ROHANI…Aktiviti qiamullail turut dilaksanakan

Kursus ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan serta melatih diri untuk menjadi lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. Latihan yang bermula seawal jam 4 pagi setiap hari itu dimulai dengan aktiviti sembayang subuh berjemaah dan seterusnya latihan jasmani pagi di padang kawad. Seterusnya pada sebelah siang hari pula, peserta kursus diberikan latihan di dalam kelas. Latihan kecerdasan seperti rempuh halangan dan aktiviti Flying fox turut dilaksanakan bagi menguji ketahanan dan kemampuan fizikal mereka.

Gambar 10
Gambar kenangan bersama Jurulatih dan Pelatih Kursus

Gambar 11
Datuk Charles memberikan cenderahati kepada PANGWILLA 2

Gambar 12
Pelatih bergambar kenang-kenangan bersama
PANGWILLA 2 di Majlis Penutup

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Panglima Markas Wilayah Laut 2, YBhg. Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam pada 17 Julai 18 dan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Tadbir (N1), Lt Kdr Ishak bin Md Rasan TLDM selaku Pegawai Memerintah Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan.

Rujukan : 230718/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – PSTL Sandakan.
Artikel : PtM Jumarni binti Tahir
Jurufoto : LK KOM Siti Noorhadzlinah binti Junait

Last modified on Isnin, 23 Julai 2018 05:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 312

Semalam 879

Bulan ini 19776

Keseluruhan 1250205

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM