Ogs 14

PROGRAM DIALOG YB MENHAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN SEKINCHAN

SELANGOR, 13 Ogos – SELANGOR - Menteri Pertahanan Malaysia YB Haji Mohamad bin Sabu diiringi Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut dan Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Tuan Muslimin bin Yahaya telah menghadiri program Dialog Bersama Komuniti Nelayan Sekinchan. Program ini dianjurkan oleh ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim bertempat di Pantai Redang Sekinchan, Selangor yang merupakan tapak bagi Projek Jiwa Murni, memperbaiki dinding dan bumbung di Tapak Pengumpulan Hasil Tangkapan oleh Pusat Hidrografi National (PHN) dilaksanakan.

1
Yang Berhormat Menteri Pertahanan
Menandatangani Tapak Projek Jiwa

2
Sesi Dialog

Program ini pertama kali diadakan yang melibatkan YB Menteri Pertahanan bersama-sama 200 orang nelayan serta pengusaha-pengusaha ikan daripada pelbagai daerah di Selangor dan Perak. Tujuan program ini adalah untuk membicarakan isu kebajikan, keselamatan dan mengetengahkan peranan agensi keselamatan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Imigresen, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) bagi mencari mekanisma yang sesuai untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh komuniti nelayan.

3
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Menyampaikan
Carta Nautika kepada Warga Nelayan

4
Lawatan di Tapak Pameran

YB Menteri Pertahanan turut memperkenalkan aplikasi Kesedaran, Keselamatan dan Komuniti Maritim (K3M) yang berfungsi sebagai medium membantu mempercepatkan proses pelaporan kecemasan sama ada kes kemalangan, pencerobohan, pencemaran serta pelbagai kesalahan maritim. Aplikasi ini merupakan sebuah inisiatif daripada pihak TLDM dengan kerjasama daripada pelbagai agensi maritim bagi meningkatkan kesedaran pengguna maritim di Malaysia.

5
Lawatan ke Rumah Ah Ma

6

Antara acara lain yang telah diadakan ialah Pameran Kerjaya TLDM dan APMM serta pameran aplikasi K3M bagi memberi pemahaman kepada para pengunjung berkenaan tugas dan peranan TLDM dan APMM disamping menarik minat golongan belia bagi menyertai badan beruniform. Disamping itu juga, sesi dialog yang diadakan selama satu jam setengah telah berjaya mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh komuniti nelayan seperti isu keselamatan, isu imigresen serta subsidi bahan bakar yang diperuntukkan kepada nelayan selama ini.

Pautan media sosial:

Twitter : https://bit.ly/2McXBDh
Facebook: https://bit.ly/2P7dCYT

Rujukan : 140818/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Cawangan Komunikasi Strategik TLDM
Jurufoto : LK I PNK Khairul Najmi bin Ab Jabar

Last modified on Selasa, 14 Ogos 2018 13:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 714

Semalam 801

Bulan ini 8585

Keseluruhan 802245

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM