Sep 03

PROGRAM JIWA MURNI MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM (MPKS) 2018

Kota Kinabalu, 1 Sep 18 – Markas Pemerintahan Kapal Selam telah menganjurkan Program Jiwa Murni di Pusat Beli-belah IMAGO Kota Kinabalu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam.

1. PERASMIAN PROGRAM JIWA MURNI OLEH YBHG PAKS
Perasmian Program Jiwa Murni oleh Ybhg PAKS

2. LAWATAN KE TAPAK PAMERAN OLEH YBHG PAKS
Lawatan ke Tapak Pameran oleh Ybhg PAKS

Aktiviti utama program ini adalah derma darah yang diselia oleh Hospital Queen Elizabeth 1 bagi tujuan mengisi tabung bekalan darah hospital ini selain menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan 2018. Aktiviti derma darah ini telah mendapat kerjasama daripada sebuah Organisasi Bukan Kerajaan iaitu Rotary Club of Penampang di mana kelab ini berperanan dalam mempromosi dan menarik perhatian pengunjung untuk turut menderma darah.

3. PEMERIKSAAN SARINGAN MENTAL
Pemeriksaan Saringan Mental

4. PROGRAM DERMA DARAH
Program Derma Darah

5. PROGRAM DERMA DARAH

Aktiviti lain turut dilaksanakan iaitu saringan kesihatan mental oleh Hospital Mesra Bukit Padang, pameran kerjaya TLDM daripada MPKS, Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu, KD SRI LIKAS dan Pasukan Selam Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Selain itu, warga dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik Terumbu Band.

6. PERSEMBAHAN OLEH TERUMBU BAND
Persembahan oleh Terumbu Band TLDM

Program ini telah mencapai objektifnya kerana telah berjaya menarik warga dan pengunjung seramai 179 orang untuk menderma darah. Namun demikian setelah saringan kesihatan dibuat jumlah penderma darah yang berjaya diperolehi adalah seramai 129 orang. Selain membantu pihak hospital memperolehi bekalan darah ia juga telah berjaya mendekatkan TLDM kepada masyarakat awam kerana program ini dibuat di Pusat Beli-belah IMAGO yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan pengunjung tempatan. Justeru, program ini adalah berimpak tinggi dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Rujukan : 010918/02
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS
Artikel : Lt Kdr Mohd Fazerulazizi bin Zainal TLDM
Jurufoto : LK KOM Lester Sim

Last modified on Selasa, 18 September 2018 01:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 711

Semalam 801

Bulan ini 8582

Keseluruhan 802242

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM