Sep 07

AUDIT ACCOUNTABILITY INDEX MONITORING SYSTEM (AIMS) MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

Kota Kinabalu, 5 Sep 18 - Audit Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah dilaksanakan di Markas Pemerintahan Kapal Selam bermula 3 - 5 Sep 18. Audit tersebut dihadiri oleh 5 orang wakil Bahagian Audit Dalaman dan Siasatan Am (BADSA) Sabah yang manakala Ketua Tim Audit adalah Lt Kol Norazilena binti Mohamad Nor selaku Ketua Penolong Setiausaha. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam dan dihadiri oleh semua Ketua Jabatan terlibat.

1Majlis Pembukaan Audit AIMS
2
Taklimat oleh Ketua Pegawai Staf Tadbir
3
Tim Audit Melaksanakan Semakan Dokumen

Tujuan audit dilakukan bagi membuat pengesahan jawapan dan memastikan Pusat Tanggungjawab mematuhi tatacara dan peraturan yang ditetapkan dalam mengurus dan menggunakan sumber berdasarkan objektif tertentu. Audit AIMS kali ini memberi tumpuan kepada elemen kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perolehan, Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah dan Deposit serta Pengurusan Aset Kerajaan. Manakala skop jawapan terlibat adalah mulai Januari sehingga Disember 2017.

Pihak auditor juga telah diberi kesempatan untuk membuat lawatan ke kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) bagi melihat sendiri aset dalam TLDM ini. Sepanjang audit berlangsung, pihak Markas telah memberikan kerjasama dan menyediakan dokumen serta keperluan lain bagi tim audit. Tim audit juga membuat lawatan ke beberapa tempat seperti Pejabat Kenderaan dan Pejabat Bekalan bagi melihat pelaksanaan dan penggunaan borang-borang kerajaan iaitu KEW.PA dan KEW.PS bagi tatacara pengurusan aset alih dan stor.

4Lawatan ke KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR)
5
Sesi Bergambar di Foyer MPKS

Taklimat penutup telah dilaksanakan di disampaikan oleh Ketua Tim Audit dan dihadiri oleh YBhg Panglima Angkatan Kapal Selam serta ketua-ketua Jabatan. Keputusan rasmi bagi audit AIMS ini akan diperolehi daripada pihak BADSA dalam masa terdekat.

 

Rujukan: 070918/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS
Artikel: Lt Khairul Akmal bin Omar TLDM
Jurufoto: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

Last modified on Jumaat, 07 September 2018 07:14

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 317

Semalam 351

Bulan ini 8817

Keseluruhan 448699

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM