Sep 07

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL UNIT BANTUAN UTARA TLDM DAN PKBM(L) SIRI 2/2018

BUTTERWORTH, 6 SEP 18. UBU TLDM telah melaksanakan Latihan Penembakan Senjata Kecil Siri 2/2018 bertempat di Lapang Sasar Sg. Dua Pulau Pinang bermula 5 hingga 6 Sep. Latihan penembakan ini melibatkan anggota Unit Bantuan Utara TLDM (UBU TLDM), Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang (PWTL Pulau Pinang) dan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) (PKBM(L)) Zon Utara. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Convent Lebuh Light, SMK Seri Balik Pulau, SMK Kulim, SMK Bukit Jambul, SMK Dato’ Onn dan SMK Pekula Jaya.

1Pelatih mendengar taklimat keselamatan pengendalian senjata kecil
oleh jurulatih BM PAP Mohamad Rozaimy
2
Pelatih diberi pendedahan tentang cara-cara penggunaan senjata kecil
3
Latihan penembakan telah bermula
4
Pelatih membaca ikrar setelah selesai latihan

Latihan penembakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, daya saing dan semangat kepada anggota The Navy People UBU TLDM dan PWTL Pulau Pinang serta memberi pendedahan kepada anggota PKBM(L) dalam pengendalian senjata kecil disamping memupuk semangat kerjasama dan disiplin di kalangan The Navy People dan PKBM(L) yang terlibat.

 

Rujukan: 070918/02
Sumber: UBU TLDM
Artikel: LK KOM Mohd Ashdan Shah bin Ibrahim
Jurufoto: LK I TMK Mohd Saiful Anuar bin Che Mohamed Zanara

Last modified on Jumaat, 07 September 2018 07:45

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 421

Semalam 525

Bulan ini 6005

Keseluruhan 473694

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM