Sep 07

3 PEGAWAI MAWILLA 2 DINAIKKAN PANGKAT

SANDAKAN, 7 September 2018 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah dilaksanakan pada pagi Jumaat yang mulia ini. Seramai 3 orang pegawai telah dinaikkan pangkat bertempat di Dataran MAWILLA 2.

Mereka yang telah dinaikan pangkat adalah Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan (KBOP), Lt Kdr Jamhari bin Katimin TLDM, telah dinaikkan ke pangkat Komander TLDM manakala 2 orang lagi pegawai iaitu Ketua Cawangan Peperangan, Lt Ahmad Syazwan Zakaria TLDM dan Pegawai Projek 1, Lt Mohd Ifsyam Hazwan TLDM dari Sel Refit Sandakan Unit Pengawasan Senggara Timur (UPST) masing-masing dinaikkan ke pangkat Lt Kdr TLDM. Majlis telah di sempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Dato’ Ganesh Navaratnam dan turut diserikan dengan kehadiran isteri beliau, Datin Kalaiarasi Subramanian.

Gambar 1Pegawai yang telah dinaikkan pangkat bergambar bersama
PANGWILLA 2 dan isteri
Gambar 2
KBOP dinaikkan ke pangkat Komander TLDM dengan kekananan
mulai 18 Julai 18
Gambar 3
KCP dinaikkan ke pangkat Lt Kdr TLDM dengan kekananan mulai 12 Julai 18
Gambar 4
Pegawai Projek 1 dinaikkan ke pangkat Lt Kdr TLDM dengan kekananan
mulai 12 Julai 18
Gambar 5
Ucapan oleh PANGWILLA 2
Gambar 6
Pegawai-Pegawai Memerintah kapal turut hadir
Gambar 7
Kehadiran Datin Kalaiarasi dan isteri kepada KBOP turut menyerikan majlis
Gambar 8
Navy People Sandakan menadah mengaminkan doa yang dibacakan KBOP
bagi memohon keberkatan majlis

Kenaikan pangkat tersebut adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti dalam organisasi TLDM. Di samping itu, majlis pemakaian pangkat ini juga merupakan salah satu pemangkin motivasi kepada The Navy People khasnya yang bertugas di pantai timur Sabah ini.

Gambar 9Tahniah kepada para pegawai MAWILLA 2 yang telah dinaikkan pangkat

 

 

Rujukan: 070918/04
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

Last modified on Selasa, 18 September 2018 03:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 317

Semalam 351

Bulan ini 8817

Keseluruhan 448699

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM