Sep 07

EKSESAIS SOUTH EAST ASIA COOPERATION AND TRAINING (SEACAT) 2018

PERAIRAN SELAT MELAKA 5 Sep - Eksesais SEACAT 2018 yang dianjurkan oleh pihak US Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) Tentera Laut Amerika Syarikat bersama pihak Information Fusion Centre (IFC), Singapura telah dilaksanakan bermula 27 Ogos 18 dan dijangka selesai pada 7 Sep 18 di sekitar perairan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulawesi. Eksesais ini disertai tentera laut negara-negara ASEAN dan juga seorang Pegawai Tentera Laut dari Bangladesh sebagai Penerhati Eksesais.

Seacat 1Pembukaan eksesais oleh Rear Admiral Joey Tynch,
Commander CTF 73 Singapore
Seacat 2
Peserta Malaysia di Eksesais SEACAT 2018

Fasa perkongsian maklumat melalui Subject Matter Expert Exchange (SMEE) telah dilaksanakan di Singapura melibatkan aspek Maritime Domain Awareness (MDA) dan aspek keselamatan maritim.

Latihan fasa laut telah mula dilaksanakan dan KD JEBAT sebagai wakil TLDM telah terlibat bagi pelaksanaan siri latihan menggeledah. Senario yang digunapakai adalah Counter Arms Smuggling. Pasukan Menggeledah kapal telah melaksanakan latihan tersebut dengan jayanya. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dengan menghantar kapal KM BAGAN DATUK manakala Pasukan Polis Marin telah menghantar PT 2 bagi menjayakan siri latihan tersebut.

Seacat 3KD JEBAT berada sekitar kapal MT HIGH MERCURY yang menjadi platform latihan
bagi memastikan keselamatan Pasukan Geledah sepanjang latihan
penggeledahan berlangsung
Seacat 4
Pegawai Geledah KD JEBAT bertemu US Coast Guard Safety Officer
sebelum memulakan latihan
Seacat 5
Dalam simulasi latihan, 3 warga US Coast Guard menjadi suspek penjenayah
antarabangsa yang dikehendaki

Eksesais kali ini memfokuskan kepada aspek perkongsian maklumat antara Pusat Operasi (PUSOP) di seluruh ASEAN dengan menggunakan medium Seavision dan IFC Portal. Pihak IFC di Singapura bertindak sebagai pengantara utama selain berpeluang mengoptimumkan penugasan International Liaison Officer (ILO) yang sedia ada. Secara tidak langsung, eksesais berupaya mencapai objektir utama iaitu untuk memperkasakan perkongsian maklumat khasnya dalam konteks keselamatan maritim di rantau ini.

 

Rujukan: 070918/05
Sumber: Information Fusion Centre, Singapura
Artikel: Lt Kdr Mohd Shahfizul bin Md Suaimi TLDM
Jurufoto: Lt Kdr Mohd Shahfizul bin Md Suaimi TLDM

Last modified on Jumaat, 07 September 2018 08:51

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 421

Semalam 525

Bulan ini 6005

Keseluruhan 473694

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM