Sep 07

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT BAGI KADET PKBM LAUT ZON NEGERI SARAWAK 2018

KUCHING, 07 Sep 18 – Majlis pemakaian pangkat bagi kadet PKBM Laut Zon Negeri Sarawak 2018 telah dilaksanakan pada 29 Ogos 18 di SMK Seri Setia, 30 Ogos 18 di SMK Pending dan 05 Sep 18 di Kolej Vokasional Matang.

Majlis pemakaian pangkat tersebut dilaksanakan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, Kdr Jeffrey ak Nerat TLDM bersama Pengarah Kolej Vokasional Matang, Pengetua SMK Seri Setia dan SMK Pending. Seramai 14 ahli kadet PKBM (L) bagi setiap sekolah terdiri daripada 2x Pegawai Waren II, 4x Bintara Kanan, 4x Bintara Muda dan 2x Laskar Kanan yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk kenaikan pangkat tersebut.

1

2

3

4Pemakaian Pangkat Bagi Kadet PKBM (L)
5
Ucapan Oleh PWTL Kuching

Tujuan atau objektif kenaikan pangkat kadet PKBM (L) tersebut adalah untuk menghargai pencapaian ahli kadet sepanjang penglibatan di sekolah dalam kokurikulum badan beruniform.

6Penyampaian Cenderahati
7Sesi Bergambar Bersama PWTL Kuching

 

Rujukan: 070918/06
Sumber: PWTL Kuching
Artikel: LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram
Jurufoto: LK I TLR Strikalai Mannan a/l Istriram

Last modified on Jumaat, 07 September 2018 09:37

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 317

Semalam 351

Bulan ini 8817

Keseluruhan 448699

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM