Sep 09

LATIHAN BERSAMA BOMBA SANDAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN NAVY PEOPLE SANDAKAN

SANDAKAN, 8 September 2018 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah melaksanakan latihan kebakaran dan pengungsian bangunan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan. Latihan Ini merupakan inisiatif pihak pengurusan MAWILLA 2 dalam melatih warganya agar lebih bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran.

Latihan yang dijalankan ini melibatkan tiga buah jentera dan 13 orang anggota bomba JBPM Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Operasi Bomba JBPM Sandakan, Timbalan Penguasa BOMBA Firdaus Ahmad. Latihan ini juga turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Dato’ Ganesh Navaratnam.

Latihan kebakaran yang bermula pada jam 2.45 petang dan selesai pada jam 4.00 petang itu telah disimulasikan bertempat di dapur atau Rumah Masak MAWILLA 2. Latihan tersebut telah dikoordinasikan oleh Ketua Cawangan Hidrografi, Lt Kdr Wan Shahrul Ai’man bin Wan Hussin TLDM selaku Pegawai Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pangkalan TLDM Sandakan.

Gambar 1Warga Navy People bersemangat melaksanakan latihan kebakaran
Gambar 2
Ketibaan kereta BOMBA bagi membantu memadamkan kebakaran
Gambar 3Pasukan BOMBA bertungkus-lumus melawan kebakaran
Gambar 4
Anggota terperangkap berjaya diselamatkan
Gambar 5
Taklimat dan teguran bagi penambahbaikan oleh
Timbalan Ketua Operasi BOMBA Sandakan

Selain itu, latihan kebakaran turut diadakan di Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) Taman Samudera pada keesokan harinya. Latihan yang juga melibatkan JBPM Sandakan itu telah diaktifkan bagi melatih para penghuni termasuklah keluarga agar dapat mematuhi masa pengungsian seperti yang diarahkan sekiranya berlaku kebakaran.

JBPM Sandakan turut melaksanakan taklimat keselamatan dan demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) oleh Pegawai Operasi Balai BOMBA Sandakan. Demonstrasi ini memberi ruang dan peluang kepada para suri rumah dan juga anak-anak di RKTLDM Taman Samudera tatacara penggunaan APAK. Selain itu, Navy People Sandakan juga diajar tatacara memadam api terutamanya ketika sedang memasak dengan teknik dan cara yang betul. Warga juga didedahkan dengan ‘penipuan’ dalam filem yang mempaparkan letupan tong gas apabila berlaku kebocoran gas.

Gambar 6SELAMATKAN DIRI…Aktiviti hari kedua di RKTLDM Taman Samudera
Gambar 7
MYTHBUSTER…Penerangan mengenai situasi sebenar kebocoran
tong gas di rumah
Gambar 8
Suri rumah mencuba teknik memadamkan api di tong gas
Gambar 9
Pengerusi BAKAT (L) Sandakan, Datin Kalaiarasi turut mencuba
teknik memadamkan api di tong gas
Gambar 10
BERANI…Keberanian dan pengetahuan amat penting dalam menghadapi situasi
kecemasan seperti kebakaran

Inisiatif aktiviti sebegini bukan sahaja memberi pendedahan fizikal kepada suri rumah malahan dengan taklimat dan ilmu yang disampaikan mampu menjadi medium terbaik untuk tindakan awal penghuni dalam sebarang tindakan kecemasan termasuk kebakaran. Latihan ini juga perlu bagi mempersiapkan warga Navy People Sandakan dengan pengetahuan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Selain itu, latihan ini dapat menguji koordinasi semasa menghadapi insiden kebakaran sebenar serta peluang penambahbaikan yang dapat dilakukan disamping memberi pendedahan kepada setiap anggota yang terlibat.

”MENCEGAH ITU ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”

 

Rujukan: 090918/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Ahad, 09 September 2018 03:38

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 317

Semalam 351

Bulan ini 8817

Keseluruhan 448699

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM