Sep 12

YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN TIBA DI SABAH SEMPENA LAWATAN RASMI BAGINDA

KOTA KINABALU, 11 Sep - Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah dalam rangka lawatan baginda ke negeri ini bermula hari ini sehingga 16 September.

ACD7459F 3D4D 4428 B607 236CF1A11D93
Sekitar keberangkatan tiba Pemangku Raja Kelantan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

D32AD192 F715 448D 85D4 CA5E82D2FDF1

516A70B3 FB66 462A 8F0C 683A2EA58BD4

iba baginda di Kapal Diraja (KD) SRI KOTA KINABALU pada jam 3.30 petang disambut dengan tabik hormat seterusnya baginda melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama bersama panji-panji KD SRI SEMPORNA terdiri daripada 3 pegawai dan 105 anggota TLDM diketuai Leftenan Komander Ong Liang Hwa TLDM.

2
Pemangku Raja Kelantan menerima tabik hormat seterusnya
memeriksa Kawalan Kehormatan Utama

1

3

9

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda adalah Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Haji Ayob, Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Khalid Jaafar dan Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi Syed Abdullah. Seterusnya pada hari esok, baginda dijadualkan berangkat ke Markas Pemerintahan Kapal Selam sebelum melawat Markas Wilayah Laut 2, Sandakan pada sebelah petang.

Rujukan : 120918/01
Sumber : Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel : Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto : Komunikasi Strategik Armada Timur & Markas Pemerintahan Kapal Selam

Last modified on Rabu, 12 September 2018 00:35

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 423

Semalam 525

Bulan ini 6007

Keseluruhan 473696

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM