Sep 12

KD PARI LAKSANA EVOLUSI MENDARAT DI TERUMBU BALUNG

SEMPORNA, 10 September 2018 – Tim Mendarat KD PARI diketuai oleh Pegawai Peperangan Atas Air, Lt Amir Hamzah bin Mat Sari TLDM dengan jayanya telah melaksanakan evolusi mendarat di Terumbu Balung di sekitar perairan Semporna. Evolusi bermula dari jam 1000H dimulakan dengan evolusi menurunkan bot ketika kapal dalam keadaan sedang bergerak selaju 8 knot. Tempoh masa yang direkodkan untuk evolusi menurunkan bot adalah selama 2 minit 38 saat menepati Fleet Operational Standard (FOS) yang telah ditetapkan.

gambar 1
Perkongsian maklumat bersama saudara Teo

gambar 2
Penyerahan Kad Rakam kepada pekerja di Terumbu Balong

Seterusnya bot yang merapat di jeti Terumbu Balong telah disambut baik oleh pekerja yang menyedari kehadiran Tim Mendarat KD PARI di situ. Terdapat seramai 21 orang pekerja di terumbu tersebut dan kesemuanya merupakan warganegara Malaysia. Pekerja seramai 21 orang ini diketuai oleh saudara Teo. Beliau seorang yang peramah dan tidak kekok memberikan kerjasama untuk berkongsi maklumat bersama Tim Mendarat. Saudara Teo memaklumkan Terumbu Balong yang berkeluasan 2km persegi ini sedang dalam pembinaan projek Island Paradise Resort dan dijangka siap pada 2021. Projek Island Paradise Resort ini bakal dilengkapi dengan kemudahan challet, restoran mewah dan lagun bagi aktiviti menyelam sekaligus bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik apabila siap sepenuhnya kelak. Terumbu ini juga bakal dilengkapi dengan Pos Pasukan Gerakan AM (PGA) demi menjaga keselamatan terumbu yang cantik ini.

gambar 3
Sesi bergambar bersama pekerja Terumbu Balong

Setelah selesai lawatan di sekitar terumbu tersebut, Tim Mendarat KD PARI juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan aktiviti Rakan Maritim (RAKAM 2.0) iaitu penerangan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (Aplikasi K3M) kepada pekerja di terumbu tersebut. Pada masa yang sama beliau menerangkan tatacara melaporkan sebarang insiden yang diragui kepada Rakan Maritim seperti yang tercatat pada Kad Rakam. Seterusnya sesi bergambar dilaksanakan bagi tujuan rekod kedua-dua belah pihak.

#TimMendarat
#MAWILLA2
#PantasBerbisa
#AgileInAction
#RMNStingray

Rujukan : 120918/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD PARI
Artikel : Lt Dya Muhammad Asri bin Ahmad Ghulamuddin TLDM
Jurufoto : LK I TLR Ahmad Shukri bin Samat

Last modified on Rabu, 12 September 2018 01:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 421

Semalam 525

Bulan ini 6005

Keseluruhan 473694

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM