Sep 12

MAJLIS SULAMAN KASIH JALINAN MESRA BERSAMA ISTERI MENTERI PERTAHANAN

Pada 6 Sep 18 bersamaan hari Khamis, BAKAT Laut telah menganjurkan Majlis Sulaman Kasih Jalinan Mesra BAKAT ATM untuk meraikan Isteri Menteri Pertahanan, Yang Berbahagia Puan Hjh Normah binti Alwi. Majlis telah diadakan di Rumah BAKAT ATM seawal jam 0930 pagi. Majlis yang meraikan Isteri Menteri Pertahanan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YBhg Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman. Tidak ketinggalan juga majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi-pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Perkhidmatan yang lain, manakala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, YBhg Puan Sri Noor Azrina binti Abdullah bertindak selaku penganjur majlis.

1
Isteri Menteri Pertahanan Melihat
Pameran Kraftangan di Bilik Kraftangan

2
Demonstrasi Gubahan Sayuran dan Herba di
Dalam Dewan Bankuet

Majlis yang dihadiri oleh 150 ahli BAKAT itu berkonsepkan pameran dan demonstrasi kemahiran oleh setiap BAKAT Perkhidmatan. BAKAT Laut dan BAKAT Gabungan masing-masing telah membuat Demonstrasi Kraftangan dan Pameran Kraftangan di lokasi Bilik Kraftangan. BAKAT Darat pula dengan Demonstrasi Menghias Kek dan tidak ketinggalan BAKAT Udara dengan Demonstrasi Gubahan Sayuran dan Herba di dalam Dewan Bankuet.

3
Sekitar Majlis Sulaman Kasih Jalinan Mesra

4
Isteri Panglima Angkatan Tentera
Memberi Ucapan Alu-aluan

Majlis pada hari itu dimulakan dengan Taklimat oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) kepada Isteri Menteri Pertahanan. Taklimat tersebut turut disertai oleh Ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan Penasihat-penasihat setiap BAKAT Perkhidmatan. Majlis juga turut disajikan dengan tayangan montaj BAKAT ATM yang mempamerkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh setiap BAKAT Perkhidmatan. Turut memeriahkan suasana adalah persembahan dari Badan Kesenian TLDM dan Gelombang Biru yang bertemakan P.Ramlee dan Saloma. Ahli BAKAT setiap Perkhidmatan turut menunjukkan bakat masing-masing dengan persembahan nyanyian secara solo.

5
Persembahan dari Badan Kesenian TLDM

6
Penyampaian Cenderahati kepada Isteri Menteri Pertahanan

7
Isteri Menteri Pertahanan Beramah Mesra
dengan Ahli BAKAT yang Hadir

Majlis selesai pada jam 1250. Secara keseluruhan, majlis berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari kalangan yang hadir. Majlis turut mendapat pujian daripada Isteri Menteri Pertahanan yang disampaikan melalui Pegawai Pengiringnya.

Rujukan : 120918/03
Sumber : Pejabat BAKAT Laut Sentral
Artikel : Lt Illey Farhani bt Izani TLDM

Last modified on Rabu, 12 September 2018 05:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 423

Semalam 525

Bulan ini 6007

Keseluruhan 473696

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM