Sep 12

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Putrajaya - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, Rabu, 12 September 2018 bersamaan 2 Muharam 1440 Hijrah, jam 10.30 pagi di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

1
Terbang Lintas oleh 5 buah helikopter ATM yang membawa
bendera Jalur Gemilang,
Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat Malaysia,
Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia

2
Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V

Istiadat sambutan dimulakan dengan Pengawal Medan dan Perbarisan masuk padang. Perbarisan turut disertai dengan 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan oleh 41 Bateri lstiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil dan Terbang Lintas oleh 5 buah helikopter ATM yang membawa bendera Jalur Gemilang, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia diketuai oleh Mejar Narul Nizam bin Ismail TUDM. Lima Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

3
Istiadat sambutan dimulakan dengan Pengawal Medan
dan Perbarisan masuk padang

Perbarisan ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Radzi bin Othman, Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, terdiri daripada 28 pegawai dan 550 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Turut dipersembahkan adalah pancaragam yang mengiringi istiadat perbarisan dari gabungan pancaragam Pusat ATM dibawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan bin Yahya, dibantu oleh Staf Sarjan Mohd Adib bin Hashim, Bintara Kanan PGM Iewan Iezani bin Johari dan Flait Sarjan Suhaimi bin Husin. Manakala Drum Major ialah Bintara Kanan PGM Azumie bin Zainal.

Panji-panji merupakan satu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh SPB YDP Agong kepada kor-kor tentera darat, TLDM dan TUDM sebagai tanda penghormatan negara. TLDM telah dianugerahkan panji-panji SPB YDP Agong pada 12 Mac 1966 oleh YDP Agong ke-4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin dan 8 Panji-Panji Pasukan (Rejimen) seperti berikut:

1. KD MALAYA pada tahun 1997
2. KD PELANDOK pada tahun1998
3. KD PANGLIMA HITAM Pada Tahun 2009
4. KD RAJAWALI Pada Tahun 2009
5. KD SRI SANDAKAN Pada Tahun 2009
6. KD DUYONG Pada Tahun 2014
7. KD SRI SEMPORNA Pada Tahun 2014
8. SKUADRON FRIGAT ke-23 Pada Tahun 2014.

4
Panji-panji diarak

5
Perbarisan terdiri daripada 28 pegawai dan
550 anggota Lain-lain Pangkat (LLP)

Kontinjen TLDM terdiri daripada anggota dari unit-unit dari pangkalan TLDM Lumut seramai 5 orang Pegawai dan 114 anggota LLP terlibat di dalam Istiadat Pebarisan Mengarak Panji-Panji SPB YDP Agong pada tahun ini. Turut hadir ke majlis istiadat adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah bin Dr. Wan Ismail; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong; Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Pautan media sosial:
Twitter: https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1039733448179703810
Facebook: https://www.facebook.com/355294844528530/posts/1943698689021463/

Rujukan : 120918/04
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Jurufoto : LK TNL Mohammad Idris bin Suriadi

Last modified on Rabu, 12 September 2018 12:07

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 421

Semalam 525

Bulan ini 6005

Keseluruhan 473694

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM