Sep 12

LAWATAN YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN KE MARKAS WILAYAH LAUT 2

SANDAKAN, 12 September 2018 – Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan mencemar duli meluangkan masa di dalam lawatan baginda rasmi ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda dan deligasi rombongan yang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) EC 725 dari Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Sandakan jam 2.00 petang telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik. Seterusnya baginda dan deligasi rombongan telah berangkat ke KD SRI SANDAKAN diiringi oleh PANGWILLA 2.

Gambar 1a

Gambar 1bKeberangkatan tiba Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra
Ibni Sultan Ismail Petra di Lapangan Terbang Sandakan disambut
oleh PANGWILLA 2 dan Presiden MPS

Dalam rangka lawatan julung kali baginda tersebut, baginda telah memeriksa Kumpulan Kawalan Kehormatan Suku di perkarangan KD SRI SANDAKAN sebelum menandatangani Buku Pelawat Diraja serta upacara penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh PANGWILLA 2. Seterusnya baginda telah dipersembahkan Taklimat Eksekutif MAWILLA 2 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan (KBOP), Kdr Jamhari bin Katimin TLDM di Bilik Mesyuarat KD SRI SANDAKAN.

GAMBAR 2Baginda berkenan menerima tabik hormat daripada Kumpulan Kawalan Suku
GAMBAR 3
Baginda menandatangani Buku Pelawat Diraja
GAMBAR 4
Sesi penyampaian cendera kenangan oleh PANGWILLA 2
GAMBAR 5a

Gambar 5b
Taklimat Eksekutif Pengoperasian MAWILLA 2

Selesai taklimat, baginda dan deligasi rombongan telah berangkat ke Dewan Mohd Azim bagi majlis santapan dan sesi ramah mesra bersama Warga MAWILLA 2. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh PANGWILLA 2, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di atas kesudian baginda melaksanakan lawatan ke MAWILLA 2 dan beramah mesra bersama warga yang hadir. Sesungguhnya kehadiran baginda di MAWILLA 2 telah menyemarakkan lagi semangat di kalangan Warga MAWILLA 2 dan meningkatkan iltizam mereka untuk terus melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan baik.

Gambar 6Ketibaan Baginda di Dewan Mohd Azim
Gambar 7
Majlis santapan
Gambar 8
Sesi ramah mesra baginda bersama warga yang hadir

Baginda yang juga memegang pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) di dalam TLDM menzahirkan bahawa kehadiran baginda di MAWILLA 2 khusus sebagai salah satu program melawat kawasan perbatasan dan pertahanan negara di samping memberikan sokongan moral kepada Anggota Pasukan Keselamatan yang bertugas di kawasan Pantai Timur Sabah khasnya. Lawatan ini juga membuktikan sifat keprihatinan baginda terhadap sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Anggota Pasukan Keselamatan khususnya Warga Markas Wilayah Laut 2 yang bertugas menjaga keselamatan persempadanan perairan negara.

Selesai majlis santapan dan sesi ramah mesra, baginda telah berkenan untuk mengambil gambar kenangan dengan seluruh hadirin di dalam Dewan Mohd Azim sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Sandakan. Keberangkatan pulang Baginda juga telah diserikan dengan perbarisan street lining yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Gambar 9aBaginda berkenan bergambar kenangan bersama Warga MAWILLA 2
Gambar 10
Bergambar kenangan sebelum keberangkatan pulang baginda
gambar 11
Keberangkatan pulang baginda diserikan dengan acara street lining

Seterusnya baginda dan deligasi rombongan meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat TUDM ke KD SRI SEMPORNA.

Gambar 12bPANGWILLA 2 mengiringi keberangkatan pulang baginda

 

 

Rujukan: 120918/05
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
              LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

Last modified on Rabu, 12 September 2018 12:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 317

Semalam 351

Bulan ini 8817

Keseluruhan 448699

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM