Sep 20

13TH EAST ASIA HYDROGRAPHIC COMMISSION (EAHC) CONFERENCE DAN HYDROGRAPHY SOUTH EAST ASIA (HYDROSEA) CONFERENCE AND EXHIBITION 2018 MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN HIDROGRAFI DIRANTAU ASIA

PUTRAJAYA, 19 Sep - TLDM melalui Pusat Hidrografi Nasional (PHN) pada hari ini telah sekali lagi berjaya meletakan nama Malaysia dalam peta dunia dengan penganjuran satu persidangan bertaraf antarabangsa. Persidangan Ke-13 EAHC dan HydroSEA Conference & Exhibition 2018 (HydroSEA 2018) sedang berlangsung di Marina Putrajaya mulai 18 hingga 20 Sep 2018. EAHC merupakan sebuah Suruhanjaya Hidrografi bagi mewakili negara-negara Asia Timur yang ditubuhkan di bawah rangka kerja International Hydrographic Organisation (IHO). Suruhanjaya ini secara umumnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keperluan kerjasama serta pembangunan bidang hidrografi yang melibatkan semua Negara Ahli. Buat masa ini, EAHC dianggotai oleh Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Republik Demokratik Rakyat Korea, Republik Rakyat China, Singapura dan Thailand. Manakala Kemboja, Vietnam dan Timur Leste merupakan negara pemerhati dan masih lagi belum menjadi negara ahli. Turut terlibat di dalam persidangan ini adalah wakil daripada suruhanjaya hidrografi rantau lain yang diwakili oleh United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat.

11
Perasmian di sempurnakan oleh
Ybhg Laksmana Madya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib Bin Abdul Samad,
Panglima Armada Barat

22
Panglima Armada Barat diiringi oleh
Ketua Pengarah Hidrografi melawat ke booth pameran

Persidangan Ke-13 EAHC kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 43 orang perwakilan negara ahli dan 11 orang perwakilan negara pemerhati. Setiausaha Agong IHO, Dr Mathias Jonas turut hadir sebagai wakil rasmi pertubuhan antarabangsa tersebut yang beroperasi di Monaco. Persidangan suruhanjaya ini merupakan acara rasmi bagi setiap 3 tahun berdasarkan kepada Artikel III kepada perlembagaan EAHC. Kali terakhir persidangan ini diadakan adalah di Manila, Filipina pada tahun 2015, dimana jawatan Pengerusi EAHC diserahkan kepada Malaysia untuk tempoh 2015-2018.

33
Antara peserta yang hadir dari dalam dan luar negara

Dalam usaha untuk memastikan Persidangan Ke-13 EAHC kali ini menghasilkan impak yang signifikan kepada industri hidrografi serantau, pelaksanaannya telah diselarikan dengan penganjuran HydroSEA 2018. HydroSEA 2018 dikendalikan secara bersama oleh PHN dan Malaysian Hydrographic Society (MyHS). ’Challenging the Norm in Hydrography’ telah dipilih sebagai tema bagi HydroSEA 2018 untuk mencetus gelombang pembaharuan kepada amalan kebiasaan dalam aktiviti pengukuran hidrografi. Penyertaan melibatkan komuniti hidrografi dalam dan luar negara dengan anggaran peserta berjumlah 200 orang. Selain itu, HydroSEA 2018 juga telah berjaya menghimpunkan penyertaan 18 buah booth pameran daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan Original Equipment Manufacturer (OEM) yang mempunyai kepentingan. Atur cara yang dirancang untuk HydroSEA 2018 melibatkan pembentangan kertas kerja teknikal hidrografi oleh subject matters expert (SME) dari pelbagai bidang.

44
Persidangan  EAHC yang ke – 13 dipengerusikan oleh
Ketua Hidrografi Nasional, Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan

Sebagaimana tradisi EAHC sebelum ini, penganjuran Persidangan Ke-13 ini juga akan turut melibatkan upacara penyerahan jawatan Pengerusi EAHC yang disandang oleh Malaysia kepada Pengerusi baharu iaitu Jepun. Upacara ini akan dilakukan pada 20 September 2018 jam 2.00 petang yang melibatkan kesemua delegasi yang hadir. Sebagai simbolik kepada upacara penyerahan jawatan ini, Laksmana Muda Hanafiah bin Hassan, Chief Hydrographer of Malaysia selaku Pengerusi EAHC akan menyerahkan bendera rasmi EAHC kepada bakal Pengerusi baharu iaitu Vice Admiral Dr Yukihiro Kato, Chief Hydrographer of Japan. Selesai acara penyerahan bendera tersebut, dengan segala rasminya Jepun akan memimpin EAHC untuk penggal 2018 - 2021. Berikutan dengan perlantikan Jepun sebagai Pengerusi baharu EAHC, penamaaan secara rasmi Timbalan Pengerusi EAHC yang baharu juga akan dilaksanakan. Proses pemilihan telah dibuat melalui undian di kalangan negara ahli yang mana secara sebulat suaranya telah bersetuju untuk melantik Indonesia yang diwakili oleh Rear Admiral Harjo Susmoro sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu. Secara umumnya, Persidangan EAHC kali ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu mendapatkan resolusi terhadap beberapa isu baharu yang mempunyai kepentingan kepada semua negara ahli dan rantau Asia Timur.

Rujukan : 200918/01
Sumber : Media PHN
Artikel : Media PHN
Jurufoto : BK HDI Amir bin Idris

Last modified on Khamis, 20 September 2018 07:48

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM