Okt 05

MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 5 Okt – Sambutan Ma’al Hijrah peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dianjurkan hari ini di Masjid Khalid bin Al-Walid. Majlis yang diketuai oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera diadakan untuk memperingati hari penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Mekah ke Madinah.

Warga ATM seramai 1,200 orang hadir termasuk Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Hj Affendi bin Buang dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Reza bin Mohd Sany.

Maal Hijrah 1Barisan pemimpin ATM yang hadir di sambutan Ma’al Hijrah di
Masjid Khalid bin Al-Walid

Majlis dimulakan dengan satu syarahan bertajuk ‘Kesatuan ATM Asas Kesejahteraan Negara’ yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hj Mohd Nor bin Mamat, pensyarah di Akedemi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA.

Maal Hijrah 2Syarahan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hj Mohd Nor bin Mamat

Panglima Angkatan Tentera kemudian menyampaikan Anugerah Ma’al Hijrah peringkat ATM tahun 2018M/1440H. Amat membanggakan apabila mantan Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Seri Roslan bin Mohamad Ramli menerima Anugerah Wira Ma’al Hijrah manakala PW I KOM Mohd Safuan bin Ali Othman menerima Anugerah bin Robah.

Maal Hijrah 3Laksdya Dato’ Seri Mohd Roslan dinobatkan Wira Ma’al Hijrah 2018M/1440H
Maal Hijrah 4
PW I Mohd Safuan menerima Anugerah Bilal bin Robah
daripada Panglima Angkatan Tentera
Maal Hijrah 5
Barisan penerima Anugerah Ma’al Hijrah 2018M/1440H
bersama pucuk pimpinan ATM

 

Rujukan: 051018/04
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: LK TNL Mohamad Hafefzul bin Abd Zani

Last modified on Jumaat, 05 Oktober 2018 09:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 511

Bulan ini 6298

Keseluruhan 487137

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM