Okt 05

WARRANT OFFICER ON DECK (WOOD) WADAH PENYAMPAIAN ASPIRASI DAN MENDEKATI ANGGOTA

SANDAKAN, 5 Oktober 2018 – Program Warrant On Deck (WOOD) telah diadakan di Auditorium Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melibatkan warga Navy People Sandakan selama 3 hari berturut-turut dan dikendalikan oleh Pegawai Waran Markas (PWM), PW I TMK Saiful Rizal Kamaludin. Program bertujuan untuk berinteraksi secara lebih dekat lagi antara warga Navy People Sandakan bersama PWM dalam penyampaian amanat dan arahan semasa pemerintah tertinggi kepada anggota bawahan.

GAMBAR 1PWM memberikan kata-kata aluan sebelum memulakan sesi taklimat

Program WOOD ini merupakan inisiatif Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam agar perkongsian hala tuju MAWILLA 2 oleh pucuk pimpinan dapat disampaikan dan pemasalahan yang dihadapi warga Navy People Sandakan dapat didengari dengan lebih jelas. Setiap sesi WOOD juga diadakan mengikut golongan-golongan sasaran yang dibahagikan mengikut pangkat bagi setiap sesi.

Pelbagai perkara telah dibincang dan diterangkan oleh PWM kepada anggota yang hadir. Antaranya mengenai perkongsian maklumat mengenai Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) RMN Official App atau Navy Apps, laman sesawang serta sosial rasmi TLDM, pemantapan Sistem Bahagian, keselamatan, disiplin, dan Nilai Teras TLDM yang menjadi sumber kekuatan dalam membentuk sikap serta budaya hidup warga Navy People Sandakan seterusnya dapat mendukung Misi dan Visi TLDM.

GAMBAR 2
PWM menerangkan mengenai Aplikasi-Aplikasi Rasmi yang perlu diketahui oleh
warga Navy People bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai TLDM
GAMBAR 3
Warga Navy People yang hadir tekun mendengar amanat PWM
GAMBAR 4
PWM sebagai penghubung suara Navy People
dengan pucuk pimpinan tertinggi TLDM

Dikesempatan itu juga, PWM berkesempatan menerangkan kepada anggota yang hadir untuk menyahut saranan PANGWILLA 2 bagi merealisasikan Program Transformasi TLDM 15 ke 5 atau RMN 15to5. Diharapkan agar program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang dan dapat membuka jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dibangkitkan di kalangan warga Navy People Sandakan khasnya bagi warga ARMADA Sandakan yang menjadi teras serta nadi kepada pengoperasian MAWILLA 2 di wilayah ini.

WOOD ini juga dijadikan wadah bagi PWM mendalami dan menyusuri sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anggota LLP Navy People Sandakan sama ada dalam aspek kerjaya, kebajikan mahu pun peribadi. PWM juga sentiasa menekankan setiap warga untuk terus memberikan kerjasama kepada pihak atasan masing-masing khususnya dalam pelaksanaan tugas dan pelaksanaan dasar-dasar serta inisiatif yang telah dirangka pucuk pimpinan TLDM dalam memastikan TLDM terus berjaya pada masa akan datang.


Rujukan: 051018/05
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par

Last modified on Jumaat, 05 Oktober 2018 15:00

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 513

Semalam 511

Bulan ini 6298

Keseluruhan 487137

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM