Okt 09

TAKLIMAT PERANAN DAN FUNGSI SOUTHEAST ASIA REGIONAL CENTRE FOR COUNTER-TERRORISM (SEARCCT) KEPADA NAVY PEOPLE SANDAKAN

SANDAKAN, 9 Oktober 2018 – Markas Wilayah Laut 2 telah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah (KP) Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) YBhg Dato’ Azmil bin Mohd Zabidi dan delegasi pada hari ini.

Terdahulu, delegasi rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) YBhg Laksmana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam di pejabat beliau. Di dalam sesi itu juga, Dato’ Azmil dan Laksda Dato’ Ganesh saling bertukar pendapat dan cadangan yang menjurus kepada keselamatan khususnya dalam usaha-usaha dan inisiatif dalam menentang keganasan serta perkongsian maklumat di antara agensi keselamatan yang terlibat.

GAMBAR 1Ketua Pengarah SEARCCT, Dato’ Azmil Mohd Zabidi
menandatangani Buku Pelawat
GAMBAR 2
Delegasi rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada PANGWILLA 2
GAMBAR 3

GAMBAR 4Sesi pertukaran cenderahati

Selesai sesi kunjungan hormat, Dato’ Azmil telah memberikan taklimat dan penerangan berhubung fungsi serta peranan yang dimainkan oleh SEARCCT khususnya dalam usaha-usaha menentang keganasan di peringkat serantau mahu pun global. Penubuhan SEARCCT pada tahun 2003 adalah sebagai tindak balas kepada keperluan yang semakin meningkat bagi latihan antara agensi dan penyelidikan dalam anti-keganasan di rantau ini, terutamanya selepas serangan 11 September 2011 di Amerika Syarikat. Penubuhan pusat ini juga telah menerima pengesahan dan sokongan dari negara anggota ASEAN. Pada ketika ini, operasi dan pengurusan pusat ini berada di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

GAMBAR 5Sesi taklimat SEARCCT oleh KP SEARCCT
GAMBAR 6
Bergambar bersama Navy People Sandakan yang hadir

Pada peringkat awal penubuhan SEARCCT, pusat ini dikhususkan untuk menumpukan kepada pembangunan kapasiti, penyelidikan, dan program kesedaran awam dalam usaha-usaha menentang keganasan. Program dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pusat ini direka khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan penguatkuasaan undang-undang, kesedaran di kalangan pegawai kerajaan, agensi keselamatan negara, masyarakat serantau dan antarabangsa serta kerjasama dengan agensi tempatan, pemerintah asing, pertubuhan tentera dan pertubuhan antarabangsa.

Selesai makan tengah hari, delegasi rombongan telah dijemput oleh PANGWILLA 2 untuk menaiki Bot Tempur CB 90 mengikuti pelayaran di sekitar perairan Sandakan bagi melihat sendiri bentuk muka bumi serta situasi sebenar di Sandakan yang menjadi salah satu tumpuan dan sasaran bagi kumpulan-kumpulan pengganas seperti Abu Sayyaf Group (ASG) melakukan kegiatan rentas sempadan, perlanunan dan kidnap for ransom (KFR). Diharap dengan pertemuan yang dilaksanakan buat julung kalinya ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang khususnya bagi TLDM dan SEARCCT dalam usaha-usaha dan kerjasama memerangi keganasan dari aspek pendidikan, latihan serta perkongsian maklumat.

GAMBAR 7PANGWILLA 2 memberikan penerangan kemudahan jeti operasi
daripada ruang legar Anchor Point di MAWILLA 2
GAMBAR 8
Menaiki Bot Tempur CB 90 menyusuri sekitar perairan Sandakan

 

Rujukan: 091018/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

Last modified on Selasa, 09 Oktober 2018 12:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 137

Semalam 587

Bulan ini 11543

Keseluruhan 463495

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM