Okt 27

KEJOHANAN SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2018

ALOR SETAR 26 Okt 18 - Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Lembaga Sukan TUDM telah berlangsung pada 22 hingga 26 Okt 18 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah. Kejohanan pada kali ini dijalankan secara karnival. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Memanah, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita dan Badminton. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

1Atlet Persatuan Sukan Memanah TLDM

a) Memanah
Johan: TLDM
N/Johan: TUDM
Ketiga: TDM

2Atlet Sukan Bola Tampar Lelaki TLDM

b) Bola Tampar Lelaki
Johan: TDM
N/Johan: TLDM
Ketiga: TUDM

3Atlet Sukan Bola Tampar Wanita TLDM

c) Bola Tampar Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

4Pasukan Badminton TLDM

d) Badminton
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan merangkul kejuaraan dalam tiga acara iaitu Memanah, Bola Tampar Wanita dan Badminton. Manakala Bola Tampar Lelaki mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan skim insentif kemenangan LEKAS kepada persatuan yang beroleh kemenangan Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

5Perlawanan akhir Bola Tampar Wanita TLDM menentang pasukan TDM
6Perlawanan akhir Bola Tampar Lelaki diantara Pasukan TLDM
menentang pasukan TDM
7Atlet-atlet sukan TLDM bergambar bersama Panglima Wilayah Laut 3
8Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS kepada pasukan
Bola Tampar Wanita TLDM
9Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS kepada Pasukan Badminton TLDM
10Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS oleh Panglima Wilayah Laut 3
kepada Pasukan Memanah TLDM

Upacara penutup telah dirasmikan oleh Mej. Jen Dato’ Pahlawan (DR) Md Amin bin Muslan iaitu Pengarah Perubatan Angkatan Tentera Malaysia bagi mewakili Ketua Staf Markas Angkatan Tentera.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Sukan TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-11 berturut-turut dalam ISG 2018 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

 

Rujukan: 271018/01
Sumber: Lembaga Kawalan Sukan TLDM
Artikel: Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM
Jurufoto: Lembaga Kawalan Sukan TLDM

Read 1246 times Last modified on Sabtu, 27 Oktober 2018 04:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 457

Semalam 762

Bulan ini 6423

Keseluruhan 774854

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM