Okt 30

SEMAI SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI KERJAYA TLDM

SANDAKAN, 29 Oktober 2018 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menerima lawatan dari Tabika Kemas Kampung Keramat, Beluran, Sandakan dengan kehadiran yang melibatkan seramai 60 orang pelajar termasuk ibu bapa serta guru pengiring pada hari ini.Lawatan yang dikoordinasikan oleh Ketua Bahagian Sekretariat, Lt Kdr Ishak bin Md Rasan TLDM ini telah dimulakan dengan taklimat pengenalan terhadap struktur organisasi dan fungsi Markas Wilayah Laut 2 kepada rombongan. Selain itu, para pelajar dan ibu bapa turut ditaklimatkan operasi-operasi yang dilaksanakan oleh MAWILLA 2 dalam memastikan keselamatan perairan di Sandakan khsusnya sentiasa terjamin dan terpelihara.Para pelajar, ibu bapa dan guru telah dibawa melawat ke sekitar Pangkalan TLDM Sandakan khasnya di kebuk mampatan selam atau diving chamber Pasukan Selam MAWILLA 2.

GAMBAR 1
Taklimat di Pasukan Selam MAWILLA 2
GAMBAR 2
Bergambar bersama patung Penyelam TLDM
GAMBAR 3
Merasai pengalaman berada di dalam kebuk mampatan selam
GAMBAR 4
Lawatan di kapal
GAMBAR 5
Sesi penyampaian cenderahati
GAMBAR 6
Bergambar bersama di hadapan Bangunan Markas

Mereka turut dibawa melawat ke KD JERONG dan KD YU yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan. Keceriaan jelas terpampang di wajah para pelajar apabila telah diberi kesempatan untuk merasai pengalami memasuki kebuk mampatan Pasukan Selam serta melaksanakan lawatan ke kapal. Kesemua para pelajar kelihatan begitu gembira dan seronok dengan lawatan ini memandangkan rata-rata mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal dan aset TLDM. Sesungguhnya lawatan seperti ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan kerjaya sebagai seorang anggota TLDM dan memupuk minat belia-belia dan bakal pemimpin masa hadapan untuk turut serta menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan berbakti kepada negara yang tercinta ini. Semoga ada antara mereka yang berminat untuk menyarung seragam TLDM pada masa hadapan.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Rujukan: 301018/02
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Selasa, 30 Oktober 2018 00:46

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 464

Semalam 519

Bulan ini 5523

Keseluruhan 473212

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM