Okt 30

PEGAWAI DAN ANGGOTA PSSTLDM TIMBA PENGALAMAN MELALUI LATIHAN BERTERUSAN (LB) DI KAPAL

SANDAKAN, 30 Oktober 2018 – Dalam memastikan pegawai dan anggota PSSTLDM mendapat latihan dengan lebih menyeluruh dan berkesan, Bahagian Pasukan Simpanan TLDM melalui Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan telah melaksanakan inisiatif dalam penambahbaikan silibus latihan serta pembelajaran berdasarkan silibus dan Buku Tugas Tentu yang dipraktikkan. Melalui inisiatif terbaru ini, pegawai dan anggota PSSTLDM diberi peluang untuk melaksanakan Latihan Berterusan (LB) di kapal-kapal TLDM sama ada ketika di jeti mahu pun ketika pelayaran operasi. Anggota PSSTLDM akan diberi pendedahan yang lebih menyeluruh dan berkesan berkaitan budaya kerja TLDM. Di samping itu juga, dengan pendedahan ini secara tidak langsung dapat melahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM yang kompeten dan serta berkemampuan melaksanakan tugas bagi menyokong angkatan tetap TLDM. PSTL Sandakan dan PSTL Tawau telah mengambil peluang ini dengan menugaskan pegawai dan anggota PSSTLDM di bawah unit masing-masing untuk melaksanakan LB di kapal-kapal yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS). Kapal-kapal dari kelas Fast Attack Craft (FAC), Fast Troop Vessel (FTV), dan Patrol Craft (PC) yang berada di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 telah dijadikan platform bagi anggota PSSTLDM untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi mendalami ilmu kelautan khasnya tugas sebagai anggota TLDM di atas kapal. Pegawai dan anggota PSSTLDM yang terlibat telah diberikan pendedahan melalui aktiviti ceramah teori serta praktikal di kapal. Budaya kerja, tugas dan tanggungjawab sebagai kru kapal telah didedahkan kepada setiap anggota PSSTLDM sebelum mereka dibawa mengikuti pelayaran kapal di laut.

GAMBAR 1
Anggota PSSTLDM diberikan penerangan berkaitan peralatan
mencegah kebanjiran di kapal

GAMBAR2Latihan memberikan rawatan kecemasan
GAMBAR3Latihan pengoperasian dan penembakan Meriam di kapal
GAMBAR 4
Aktiviti rekriasi di Pulau Mabul
GAMBAR 5
Aktiviti senggaraan geladak di kapal
GAMBAR 6
Pengenalan kepada asas pengendalian kapal di anjungan
GAMBAR 7
Pendedahan aspek kulinari di kapal oleh Ketua Rumah Masak 

Budaya senggaraan, pembaikan, prosedur dan amalan baik di dalam kapal telah didedahkan kepada anggota PSSTLDM oleh warga kapal. KD YU merupakan salah satu kapal yang telah membawa pegawai dan anggota PSSTLDM mengikuti pelayaran bagi memberikan mereka merasai peluang dan pengalaman semasa kapal terlibat di dalam operasi. Semasa pelayaran, mereka telah diberikan pendedahan terhadap ilmu kelautan, pengendalian kapal, komunikasi, kejuruteraan, serta pendedahan terhadap MKMA. Secara amnya, kesemua pegawai dan anggota PSSTLDM yang terlibat telah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam memperoleh seberapa banyak ilmu yang berguna bagi meningkatkan kefahaman mereka sebagai salah seorang anggota TLDM. Usaha ini juga dilihat sebagai salah satu langkah unit-unit PSTL untuk melahirkan pegawai dan anggota PSSTLDM yang berkualiti serta memenuhi kelayakan bagi terlibat secara langsung di dalam TLDM sama ada secara tetap mahu pun sepenuh masa. Selain memperoleh ilmu dan pengalaman, pegawai dan anggota PSSTLDM juga berpeluang merasai pengalaman baharu apabila turut dibawa mendarat di beberapa buah pulau semasa mengikuti pelayaran. Ini secara tidak langsung menjadi pembakar semangat dan pemangkin mereka yang terlibat untuk lebih serius mendalami ilmu berkaitan TLDM di samping menarik minat rakan-rakan PSSTLDM yang lain untuk turut serta menyumbang bakti dan keringat terhadap negara amnya dan TLDM khasnya.

 

Rujukan: 301018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Pasukan Simpanan Tentera Laut Sandakan
Jurufoto: Pasukan Simpanan Tentera Laut Sandakan

Last modified on Isnin, 05 November 2018 01:21

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 464

Semalam 519

Bulan ini 5523

Keseluruhan 473212

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM