Okt 31

KEHADIRAN JULUNG KALI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE PANGKALAN TLDM LUMUT BERI IMPAK POSITIF

Lumut, 30 Okt – Warga Navy People hari ini berbesar hati menerima lawatan ulung Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong ke Pangkalan TLDM Lumut. Kehadiran beliau ke sini telah diiringi Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Haji Mohamad Adib bin Abdul Samad. Turut sama menyambut kehadiran beliau di Markas Udara TLDM adalah Jawatankuasa Laksamana Lumut dan Pegawai-pegawai Kanan TLDM.

Gambar 1Ketibaan Timbalan Menteri Pertahanan di Markas Udara TLDM

Beliau yang tiba sekitar jam 3 petang telah diberikan taklimat awal berkenaan Pangkalan TLDM Lumut sebelum beliau dibawa ke lokasi Rumah Contoh Rumah Keluarga TLDM di Blok A21 dan A34. Rumah Contoh RKTLDM ini telah mengalami penambahbaikan serta pengubahsuaian di bahagian luaran dan dalaman bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan keluarga Navy People yang tinggal di Pangkalan.

Gambar 2Taklimat Rumah Contoh RKTLDM terlaksana di A21

Lawatan kerja rasmi beliau diteruskan dengan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera (96 HAT) Lumut. Pengurusan Tertinggi 96 HAT menyambut mesra kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan dan telah memberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi 96 HAT yang turut dikenali sebagai Hospital Mesra Ibadah. Senator Liew Chin Tong telah dibawa melawat ke sekitar 96 HAT termasuklah Bahagian Pengurusan Rekod, Bahagian Magnetic Resonance Image (MRI), Bahagian CT-Scan dan Mamogram. Lebih menarik apabila Timbalan Menteri Pertahanan turut dibawa melawat ke Hyperbaric Chamber, iaitu bilik khas yang digunakan bagi memberi rawatan dan terapi pemulihan oksigen bagi pesakit yang mengalami tekanan khususnya setelah menjalani latihan penyelaman.

Gambar 3Komander Pangkalan Lumut beri penerangan ringkas tentang sekitar Pangkalan
Gambar 4Abadi Kenangan! Timbalan Menteri Pertahanan gembira lihat kemudahan 96 HAT
Gambar 5Senator Liew Chin Tong melihat model kebuk (Chamber) Hiperbarik
yang digunakan untuk rawatan bagi anggota selam

Selesai lawatan di 96 HAT, Senator Liew Chin Tong telah melawat ke Tambatan Pangkalan Lumut bagi melihat sendiri keadaan terkini Kapal Kelas Laksamana milik TLDM. Tepat jam 5 petang, Timbalan Menteri Pertahanan meneruskan penerbangan menaiki Helikopter Super Lynx ke KD JEBAT yang berada di Perairan Pulau Pangkor bagi menyertai program pelayaran sehari bersama kapal tersebut.

Kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan di Pangkalan TLDM ini membuktikan komitmen pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan terhadap perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia khususnya TLDM. Lawatan kerja rasmi beliau akan berakhir esok dengan Majlis Perasmian Peletakan Lunas Kapal Keempat (LCS) TLDM yang dijangka terlaksana di Boustead Naval Shipyard (BNS).

Rujukan: 311018/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Last modified on Rabu, 31 Oktober 2018 03:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 462

Semalam 519

Bulan ini 5521

Keseluruhan 473210

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM