Okt 31

SANTAI KELUARGA ’HAWAII’ DI PANTAI PANGKALAN TLDM LUMUT

Lumut, 20 Okt 18 - Hari Keluarga Markas Pangkalan Lumut (Mk PL) dan KD MALAYA disambut meriah Pantai Taman Rekreasi Pangkalan TLDM Lumut. Kewujudan pantai ini merupakan cetusan idea oleh YBhg Laksmana Muda Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin, Komander Pangkalan Lumut (KOMPAL).

YBhg KOMPAL berkata, aktiviti riadah diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dalam kalangan warga markas serta ahli keluarga memandang sambutan hari keluarga ini telah sekian lama tidak dilaksanakan akibat kepadatan pengendalian pelbagai aktiviti pangkalan.

1Ketibaan YBhg KOMPAL
2
Ucapan Aluan oleh YBhg KOMPAL

Lebih kurang 1000 orang telah membanjiri pantai rekreasi dengan penuh ceria apatah lagi apabila masing-masing bersama keluarga berpakaian ala Hawaii kerana tema Hawaii ditetapkan bagi menceriakan suasana sambutan. Sambutan kali ini menggunakan konsep santai, tiada kerusi disediakan. Hadirin membawa sendiri tikar untuk dijadikan alas dan ia menjadikan sambutan kali ini seperti satu perkelahan keluarga. Lebih bermakna dimana cuaca yeng cerah melancarkan pelaksanaan sambutan ini.

3Gambar bersama warga MkPL

Pelbagai aktiviti menarik termasuk sukaneka keluarga telah dirancang untuk 4 acara kanak-kanak, 2 acara bagi anggota dan juga 1 acara bekeluarga. Yang paling menarik perhatian ramai adalah acara tarik tali antara pegawai dan pegawai waren dimana ia dimenangi oleh tim pegawai waren. Selain itu, jamuan makan disediakan serta sambutan hari lahir warga Mk PL bagi bulan Oktober turut dilaksanakan. Aktiviti hari keluarga tidak berakhir begitu sahaja dimana acara cabutan bertuah yang menawarkan 88 buah hadiah menjadi rebutan.

4

5

6

7Aktiviti yang dilaksanakan

Berlatar belakang Pulau Pangkor menjadi kenangan sambutan hari keluarga pada kali ini dimana rata-rata berpuas hati dengan penganjuran ini. Aktiviti ini mendapat maklum balas yang baik dari anggota di mana ia merupakan salah medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga Mk PL serta ahli keluarga.

Diharapkan aktiviti seumpama ini diteruskan kerana ia merupakan aktiviti keluarga yang berkualiti sambil menikmati keindahan pesikitaran yang bersih dan indah. Adalah menjadi tanggunjawab semua untuk menjaga semua menjaga dan mengekalkan keindahan pantai ini agar ia menjadi salah satu lokasi perkelahan yang menarik di dalam pangkalan ini.

8Suasana Hari Keluarga
9
Suasana bersantai dan beriadah bersama keluarga

 


Rujukan: 311018/02
Sumber: Sekretariat Pengelola Sambutan Hari Keluarga Mk PL
Artikel: Lt Dya Siti Norlela bt Moh Salleh PSSTLDM
Jurufoto: Staf IT Mk PL

Last modified on Rabu, 31 Oktober 2018 03:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 464

Semalam 519

Bulan ini 5523

Keseluruhan 473212

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM