Okt 31

LAWATAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) KE KAWASAN TANGGUNGJAWAB (KTJ) TIMUR SABAH

SANDAKAN, 30 Oktober 2018 – Panglima Angkatan Tentera (PAT) Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah memulakan lawatan ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Timur Sabah mulai 30 Okt hingga 1 Nov 18. Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas terhadap pelaksanaan operasi di KTJ berkaitan kepada YBhg PAT.

Di dalam lawatan ini, YBhg PAT juga telah diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Operasi (PANGOP) Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Abd Wahab. Delegasi rombongan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sandakan (LTS) pada jam 5.15 petang dengan menaiki pesawat udara TUDM. Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dan Timbalan PAWILLA 2 Kepten Zahari bin Samsuri TLDM serta Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) Brigadier Jeneral Dato’ Zarondin bin Md Amin telah menyambut ketibaan delegasi di LTS.

GAMBAR 1Ketibaan PAT dan Delegasi di LTS disambung oleh PANGWILLA 2
GAMBAR 2 2
PAT bersalaman dengan pegawai lain yang turut hadir di LTS
GAMBAR 3
Sejurus turun dari pesawat
GAMBAR 4
Bergambar kenangan bersama
GAMBAR 5
Delegasi menaiki helicopter EC725 TUDM bagi meneruskan atur cara lawatan

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 20 Jun 18 yang lalu, ini merupakan lawatan rasmi yang pertama YBhg PAT ke negeri Sabah khususnya bagi melawat Pos-Pos Operasi yang terdapat di KTJ Timur Sabah. Sejurus tiba di LTS menaiki pesawat udara TUDM dari Pangkalan Udara Subang, delegasi telah meneruskan atur cara lawatan ke Pulau Jambongan dengan menaiki helicopter EC725 milik TUDM dan bermalam di sana. Pada keesokan harinya, Delegasi akan melakukan lawatan ke pos-pos operasi seperti di Pos Dogotan, Pos Karakit sebelum meneruskan program lawatan ke Kota Kinabalu pada sebelah petangnya.

Ketika berada di Kota Kinabalu, YBhg PAT akan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah dan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah sebelum berangkat ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK), Teluk Sepangar bagi upacara pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi pegawai dan anggota ATM yang terlibat di dalam operasi nenentang Pengganas Sulu semasa Op DAULAT pada tahun 2013.

 

Rujukan: 311018/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Rabu, 31 Oktober 2018 23:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 463

Semalam 519

Bulan ini 5522

Keseluruhan 473211

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM