Nov 02

LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) SERDANG OLEH PIHAK TLDM

Serdang, 1 Nov 18 – Penglibatan warga TLDM di dalam gejala penyalahgunaan dadah telah memusnahkan kredibiliti warga yang dianggap role model kepada masyarakat umum malah boleh menjejaskan transformasi yang sedang rancak dilaksanakan oleh TLDM. Pucuk Pimpinan Tertinggi TLDM telah mengambil inisiatif sebagai satu langkah drastik dalam memerangi gejala dadah yang semakin membimbangkan iaitu dengan mengadakan Lawatan ke Pusat Pemulihan Dadah yang berdekatan.

Tujuan inisiatif lawatan ini bagi memberi kesedaran kepada warga TLDM serta mengurangkan risiko penglibatan anggota agar tidak terjerumus di dalam gejala penyalahgunaan dadah. Lawatan ini disertai oleh pegawai dan bintara yang mampu untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada anggota-anggota lain agar ianya mampu memberi kebaikan bersama. Perkara ini perlu dititik beratkan agar program ini dapat memberi impak yang tinggi kepada segenap lapisan warga. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak kesedaran tentang bahayanya najis dadah pada masyarakat kini serta terhadap mereka yang mengambilnya. Selain itu, ia sebagai satu langkah pencegahan dan pengawalan untuk unit laksanakan ke atas warga di bawah naugan.

Provos Tentera Laut (PROTELA) Lumut telah diamanahkan untuk mengkoordinasikan lawatan tersebut bersama Pegawai kaunseling, Pegawai Waran Markas dan Juragan markas serta unit yang mampu memberikan penerangan dan khidmat nasihat kepada warga unit masing-masing berkenaan bahaya dadah. Delegasi pada kali ini diketuai oleh Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM, 4 Pegawai dan 43 Lain-lain pangkat (LLP). Setiba delegasi di PUSPEN, taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah 1, Encik Idris bin yusof serta berpeluang berkongsi pengalaman bersama 2 pelatih PUSPEN yang mana merupakan bekas anggota ATM. Semasa sesi tersebut, delegasi telah dapat mengutarakan soalan-soalan berkenaan pengalaman serta situasi pelatih tersebut semasa berkhidmat di dalam ATM. Pelatih tersebut juga sempat berkongsi mengenai punca dan kesan penglibatan anggota ATM dalam penyalahgunaan dadah. Delegasi turut dibawa melawat ke asrama yang menempatkan pelatih PUSPEN, bilik kurungan dan fasiliti yang disediakan di sana. Pihak PUSPEN turut mengatakan kesediaan untuk berkerjasama dalam usaha memerangi gejala dadah didalam TLDM.

1Bacaan Doa
2
Sesi Taklimat
3Fasiliti
4AMP menandatagani Buku Pelawat
5Pelatih PUSPEN berkongsi pengalaman dengan delegasi
6
Ucapan AMP
7
Sesi Pertukaran Cenderahati
8
Timbalan pengarah 2 menerangkan sesuatu kepada AMP
9
Sesi Bergambar

Rujukan: 021118/01
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Last modified on Jumaat, 02 November 2018 02:32

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 462

Semalam 519

Bulan ini 5521

Keseluruhan 473210

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM