Nov 05

KAJIAN PERTUKARAN MATA WANG ASING OLEH TIM BAHAGIAN AUDIT DALAM, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

KOTA KINABALU, 1 Nov 2018 – Bertempat di Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah berlangsung satu Kajian Pertukaran Mata Wang Asing oleh Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Putra Jaya bermula pada 29 Okt sehingga 1 Nov 18. Tim BPAD JANM diketuai oleh Puan Jando anak Tawan (W54) turut melibatkan staf Pusat Tangungjawab (PTJ) MPKS. Kajian ini bertujuan mengkaji urus niaga Kerajaan melibatkan pertukaran mata wang asing di beberapa PTJ pelbagai kementerian termasuk MPKS terutama berkaitan bayaran kontrak selenggaraan kapal selam dan latihan kapal selam dalam mata wang asing supaya impak kerugian kepada kerajaan dapat dikurangkan.

Taklimat pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksda Dato' Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS). PAKS turut menyatakan bahawa Markas bersedia untuk menerima teguran sekiranya ada bagi menambah baik pengurusan kewangan MPKS dalam urusan pertukaran mata wang asing.

Gambar 1Sesi Bergambar di Foyer MPKS
Gambar 2
Kunjungan Hormat ke atas YBhg PAKS
Gambar 3
Taklimat Pembukaan kajian Pertukaran Mata Wang Asing
Gambar 4
Penyerahan Cendera Kenangan Kepada Ketua Audit

Kajian selama empat hari ini telah berlangsung dengan jayanya. Diakhir kajian, Tim BPAD JANM pada keseluruhannya telah berpuas hati dengan dokumen bayaran yang dikemukakan oleh PTJ. Tim Kajian turut mencadangkan supaya pihak kontraktor yang berurusan dengan PTJ dapat mengemukakan inbois segera selepas Certificate of Acceptance di tandatangani supaya bayaran dapat dilaksanakan secepat mungkin.


Rujukan: 051118/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: Pn Normala binti Hamzah
Jurufoto: PR Perhubungan Awam MPKS

Last modified on Isnin, 05 November 2018 04:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 463

Semalam 519

Bulan ini 5522

Keseluruhan 473211

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM