Nov 06

KD SRI JOHOR TERIMA PEGAWAI MEMERINTAH BAHARU

SANDAKAN, 05 November 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Diraja SRI JOHOR telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Leftenan Komander Mohd Khairul bin Abu Hamid TLDM dengan rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan KD SRI JOHOR kepada Leftenan Komander Mohd Faizul bin YaacobTLDM.

Majlis telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Nota Serah Terima Tugas di antara Mantan Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah baharu sambal disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Seterusnya PANGWILLA 2 telah menyempurnakan upacara penurunan Insignia Pemerintahan daripada Mantan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Sebagai simbolik peralihan tampuk pemerintahan, Mantan Pegawai Memerintah telah menyerahkan teropong kepada Pegawai Memerintah yang baharu.

GAMBAR 1Hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan Samudera Raya
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangi sijil serah terima tugas
GAMBAR 3
PANGWILLA 2 menandatangi saksi sijil serah terima tugas
GAMBAR 4
PANGWILLA 2 menurunkan Insigna Pemerintahan daripada
Mantan Pegawai Memerintah
GAMBAR 5
PANGWILLA memakaikan Insigna Pemerintahan kepada
Pegawai Memerintah yang baharu
GAMBAR 6
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas
GAMBAR 7
Simbolik peralihan tampuk pemerintahan dengan penyerahan teropong

Dalam ucapan PANGWILLA 2 berkata perlantikan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI JOHOR yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan Navy People untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. PANGWILLA 2 percaya Pegawai Memerintah KD SRI JOHOR yang baharu akan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. PANGWILLA 2 juga menekankan bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Memerintah bukanlah suatu yang mudah tidak mengira sebesar mana sesuatu unit itu. PANGWILLA 2 juga menyatakan bahawa pencapaian kapal mencatatkan kesiapsiagaan di Kategori 1 (KAT 1) bukanlah dinilai kepada sistem jentera dan peralatan semata-mata malahan kompetensi dan kemahiran warga kapal juga perlu diambil kira. Kesiapsiagaan tinggi dan kecanggihan aset yang dimiliki perlulah seiring dengan sumber manusia khususnya dalam keupayaan warga kapal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Di akhir ucapan, PANGWILLA 2 mengucapkan ribuan terima kepada mantan Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Mohamad Khairul TLDM yang telah menerajui kapal tersebut selama dua tahun dan jangkamasa itu bukanlah mudah untuk dicapai tanpa komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang memegang tampuk pemerintahan di kapal. PANGWILLA 2 juga berharap Mantan Pegawai Memerintah akan terus mengamalkan budaya kehidupan di kapal semasa bertugas di unit baharu kelak. Lt Kdr Mohamad Khairul akan bertukar keluar ke KD SULTAN ISMAIL yang juga merupakan pusat latihan di mana lahirnya Perajurit Muda TLDM.

Pegawai Memerintah KD SRI JOHOR, Leftenan Komander Mohd Faizul TLDM mula menyertai TLDM pada 27 Mac 2003 dan berkepakaran Pegawai Peperangan. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah kapal dan unit pangkalan antaranya KD HANG TUAH, KD SELANGOR, KD PAHANG, Pusat Peperangan Elektronik TLDM, Bahagian Perancangan Pembanguan Markas Tentera laut dan Bahagian Komunikasi Elektronik dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) Markas Angkatan Tentera Malaysia.

GAMBAR 8PANGWILLA 2 beramah mesra bersama Kru KD SRI JOHOR
GAMBAR 9
Sesi bergambar kenangan bersama PANGWILLA 

Rujukan: 061118/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK l PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

Last modified on Selasa, 06 November 2018 08:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 464

Semalam 519

Bulan ini 5523

Keseluruhan 473212

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM