Nov 07

ADMIRAL ON DECK BERSAMA WARGA MAWILLA 1 SEMPENA LAWATAN PENGHARGAAN PANGLIMA ARMADA BARAT

Tanjung Gelang, 07 November 2018 – Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad telah meluangkan masa untuk bersama warga The Navy People di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Warga MAWILLA 1 berpeluang untuk beramah mesra dengan Panglima Armada Barat melalui Program Admiral On Deck yang diadakan di Auditorium Al-Haimi. Program ini dihadiri oleh seluruh lapisan The Navy People MAWILLA 1 termasuk warga Tentera Darat, jururawat dan penjawat awam. Ketibaan Panglima Armada Barat diiringi oleh YBhg PANGWILLA 1 Laksamana Muda Abu Bakar bin Ajis dan disambut oleh seluruh warga MAWILLA 1.

1Panglima Armada Barat menandatangani Buku Pelawat

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Sejurus itu, YBhg PANGWILLA 1 memberikan kata-kata aluan sebelum YBhg Panglima Armada Barat meneruskan program. Pelbagai perkara telah dibincangkan oleh Panglima Armada Barat dengan warga MAWILLA 1 yang hadir diantaranya mengenai kebajikan dan keselesaan The Navy People serta disiplin. Dikesempatan ini juga, Panglima Armada Barat turut menyampaikan Anugerah Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 Suku Tahun Ke-3 2018. Untuk Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 dianugerahkan kepada BM KOM Fairoz bin Nordin, manakala Anugerah Laskar Kreatif dan Berkualiti pula dianugerahkan kepada LK KOM Mohd Ikhwan Nul Hakim bin Razak. Kedua-dua penerima anugerah ini adalah dari unit SKTLDM Kuantan. YBhg Panglima Armada Barat turut menyampaikan hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat MAWILLA 1.

2Nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya
3

4

5Sesi Admiral On Deck oleh Panglima Armada Barat
6

7Penyampaian Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1
oleh Panglima Armada Barat
8

9

10Penyampaian hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
peringkat 
MAWILLA 1 oleh Panglima Armada Barat
11
PANGWILLA 1 menyampaikan cendera kenangan kepada
Panglima Armada Barat

Selesai acara di Auditorium Al-Haimi, Majlis Tahlil dan Doa Selamat turut diadakan di Surau Al-Amin RKTLDM Balok Perdana. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Panglima Armada Barat serta PANGWILLA 1 dan seluruh warga MAWILLA 1. Selesai majlis tahlil dan doa selamat, Panglima Armada Barat dan PANGWILLA 1 serta warga MAWILLA 1 menikmati Nasi Arab yang dihidangkan di dalam talam dan makan bersila beramai-ramai.

12

13

14Majlis Tahlil dan Doa Selamat

 

Rujukan: 071118/01
Sumber: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Jurufoto: Komunikasi Strategik MAWILLA 1

Last modified on Rabu, 07 November 2018 10:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 462

Semalam 519

Bulan ini 5521

Keseluruhan 473210

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM