Nov 27

KAPAL SELAM TLDM PERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN DI PERAIRAN SABAH TIMUR

SANDAKAN, 26 November 2018 – Kapal selam TLDM, Kapal Diraja (KD) TUNKU ABDUL RAHMAN buat julung kalinya telah melaksanakan pelayaran operasi dan memperagakan kehadiran ke perairan Sabah Timur khususnya di perairan Sandakan.

GAMBAR 1
KD TUNKU ABDUL RAHMAN melaksanakan latihan 
bersama KD SRI JOHOR

GAMBAR 2
Pesawat FENNEC menghampiri KD TUNKU ABDUL RAHMAN

KD TUNKU ABDUL RAHMAN yang juga merupakan salah sebuah daripada 2 buah kapal selam dari kelas Scorpene yang dimiliki oleh TLDM telah memulakan pelayaran dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu berada di perairan Sandakan bagi meneruskan siri pelayaran operasi turut mengadakan pertemuan bersama kapal dari Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) dan melaksanakan beberapa siri latihan bersama di laut. Terdahulu, KD SRI JOHOR yang berpangkalan di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS), Pangkalan TLDM telah membuat pertemuan bersama KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan melaksakan beberapa siri latihan dalam menguji keupayaan aset laut MAWILLA 2 bersama kapal selam yang buat julung kalinya dilaksanakan ini. Selain latihan bersama aset permukaan, aset udara TLDM iaitu pesawat FENNEC turut menyertai siri latihan bersama ini bagi evolusi Hi-Line Transfer (HLT).

GAMBAR 3
Evolusi pemindahan di laut di antara KD TUNKU ABDUL RAHMAN 
bersama pesawat FENNEC

Pelaksanaan siri latihan ini juga telah memberikan peluang kepada aset-aset TLDM di Sabah Timur untuk berinteraksi dan melaksanakan latihan bersama kapal selam TLDM. Latihan yang dilaksanakan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan interoperabiliti aset MAWILLA 2 dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan menguji prosedur tetap yang sedia ada sama ada di permukaan air, bawah permukaan dan udara. Latihan yang dilaksanakan ini juga dapat menguji tahap kewaspadaan dan kesiapsiagaan kru dalam menghadapi sebarang situasi ancaman dan kecemasan di samping meningkatkan kerjasama dan hubungan di antara kapal selam dan aset-aset TLDM di Sabah Timur.

GAMBAR 4
Pandangan dari udara semasa latihan dilaksanakan

GAMBAR 5
KD TUNKU ABDUL RAHMAN, KD SRI JOHOR dan CB 90HEX 
berada di dalam formasi semasa latihan

Kehadiran KD TUNKU ABDUL RAHMAN yang melaksanakan pelayaran operasi bersama aset armada MAWILLA 2 mempamerkan kemampuan dan komitmen TLDM amnya dan MAWILLA 2 khasnya dalam mengekalkan kestabilan dan keselamatan perairan Sabah Timur. Secara tidak langsung, ini juga akan memberikan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Pantai Timur Sabah khususnya keyakinan terhadap kredibiliti TLDM dalam menjaga keselamatan perairan Kawasan Operasi Maritim (KOM) Eastern Sabah Security Zone (ESSZone) yang sentiasa terdedah dengan ancaman seperti jenayah rentas sempadan dan jenayah di laut. Kehadiran KD TUNKU ABDUL RAHMAN bagi pelayaran ini merupakan mesej kepada masyarakat dan komuniti maritim di perairan Sabah Timur bahawa TLDM dan Markas Pemerintahan Armada Timur sentiasa bersedia memberikan perlindungan keselamatan bagi menjamin kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dengan kehadiran aset-aset yang diaturgerak bagi melaksanakan operasi di laut.

Rujukan : 271118/01
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel & Jurufoto : Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM

Last modified on Selasa, 27 November 2018 07:24

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 716

Semalam 801

Bulan ini 8587

Keseluruhan 802247

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM