Nov 27

PROGRAM INTENSIF SUPERSTAR UMMAH 2018 ISI MASA CUTI PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK NAVY PEOPLE SANDAKAN

SANDAKAN, 26 November 2018 – Sempena cuti persekolahan yang baru bermula, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah mengambil anisiatif dengan menganjurkan program Intensif Superstar Ummah 2018 bagi anak-anak warga MAWILLA 2 dan unit di bawah naungan bertempat di KD SRI SANDAKAN dari 23 Nov hingga 25 Nov 18. Program ini adalah suatu program kerohanian yang dilaksanakan bagi melahirkan anak-anak anggota tentera agar dapat menghayati pengertian Islam terutamanya pelaksanaan solat yang sebenar di samping bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

GAMBAR 1
Para peserta mengahayati ceramah agama yang disampaikan

GAMBAR 2
Tenaga Pengajar membimbing para peserta
dalam pelaksanaan solat yang sebenar

Program yang bermula pada 23 Nov ini turut diisi dengan pelbagai sesi pembelajaran yang menekankan kepada aspek keagamaan khususnya dalam pelaksanaan solat. Para peserta juga diberikan pendedahan dengan melaksanakan praktikal bersama tenaga pengajar yang terdiri daripada Staf Agama KD SRI SANDAKAN dan Penceramah Jemputan. Sepanjang 3 hari program ini berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan yang menyeluruh dalam menyediakan diri mereka untuk menjadi hamba Allah S.W.T yang melaksanakan setiap Perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

GAMBAR 3
Para peserta lelaki melaksanakan
persiapan memasang khemah

Dalam melahirkan anak-anak yang berkualiti dan cemerlang berasaskan keseimbangan antara tuntutan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, aktiviti fizikal dan riadah seperti jungle trekking, sukaneka, dan perkhemahan juga dilaksanakan bagi semua peserta. Aktiviti jasmani yang dilaksanakan ini dapat membina jati diri serta keyakinan di dalam diri anak-anak yang menyertai program ini di samping memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan.

GAMBAR 4
Aktiviti jungle trekking di sekitar RKTLDM Taman Samudera

GAMBAR 5
Acara sukaneka yang paling disukai oleh
anak-anak yang menyertai program ini

Program ini dilihat merupakan antara inisiatif pengurusan MAWILLA 2 dalam memastikan anak-anak Navy People Sandakan dapat mengisi masa cuti mereka dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat. Di samping dapat membimbing anak-anak akan kesedaran dan tuntutan solat serta nilai murni kehidupan, mereka juga dapat beriadah dan berinteraksi bersama rakan-rakan dengan melaksanakan aktiviti riadah tanpa hanya membuang masa dengan leka bermain gajet khususnya telefon bimbit. Keceriaan dan kegembiraan jelas kelihatan di wajah setiap anak-anak yang menyertai program ini kerana dapat menimba pengalaman yang baru serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.

Rujukan : 271118/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto : LK TLS Nik Amirruddin Nik Par

Last modified on Selasa, 27 November 2018 07:43

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM