Nov 27

LAWATAN ULUNG MENTERI PERTAHANAN KE PANGKALAN TLDM LUMUT

Lumut, 24 Nov – Menteri Pertahanan Yang Berhormat Tuan Hj Mohamad bin Sabu telah melaksanakan lawatan ulung beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak beliau memegang portfolio Menteri Pertahanan Malaysia sejak 21 Mei 2018 yang lalu. Ketibaan Menteri Pertahanan di Markas Udara TLDM telah disambut oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Reza bin Mohd Sany dan Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Rosli bin Ramli serta Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus. Beliau seterusnya menerima Kawalan Suku oleh pasukan istiadat TLDM di lokasi yang sama.

1
Ketibaan Menteri Pertahanan di Markas Udara

Gambar 2.1
96 HAT menjadi lokasi persinggahan pertama lawatan

Gambar 2.2

Lawatan ulung beliau kali ini adalah bertujuan bagi melihat sendiri fasiliti serta kelengkapan prasarana yang terdapat di Pangkalan TLDM Lumut. Hal ini bertujuan bagi memfokuskan kebajikan warga Navy People yang juga berkhidmat di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam sesi lawatan singkat ini, Hospital Angkatan Tentera Lumut (96 HAT) menjadi destinasi pertama. Beliau di bawa melawat ke sekitar hospital termasuklah Hyperbaric Chamber yang menjadi tempat rawatan baik pulih bagi pesakit yang mengalami tekanan setelah melakukan penyelaman di laut atau penerbangan. Hospital mesra ibadah ini turut menjadi lokasi bagi anggota Veteran TLDM mendapatkan rawatan dan bantuan ubat-ubatan. Beliau turut sama meluangkan masa bagi melawat salah seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di 96 HAT ketika di sana.

Gambar 3
Azman Khalid, 56 gembira bertemu Menteri Pertahanan

Gambar 4
Penyerahan kunci bagi bangunan yang selesai
dinaiktaraf kepada bakal penghuni

Seterusnya, beliau bersama rombongan turut di bawa ke Dewan SMK Pangkalan TLDM untuk melihat keadaan dewan serbaguna yang dirancang bagi memudahkan dan memenuhi keperluan pelajar sekolah berkenaan. Beliau kemudianya telah di bawa melawat ke blok keluarga di Blok A20 dan A21. Di Blok A21 ini telah dilaksanakan penyerahan kunci blok baru kepada salah seorang penghuni iaitu BM PBS Elmie Haji Radzi. Dalam kesempatan sama, beliau turut singgah melawat ibu kepada LK TLS Mohd Hakimi Mat Tahaf yang mengalami stroke di Blok A20. Menteri Pertahanan turut sama melawat Masjid An Nur merupakan satu-satunya masjid dalam Pangkalan TLDM dan sedang dinaiktaraf dan masih dalam proses pengubahsuaian. Justeru, Dewan solat sementara yang terletak di A38 telah diwujudkan bagi menampung keperluan tersebut.

Gambar 5
Lawatan kebajikan oleh Menteri Pertahanan di Blok A20

Gambar 6
Lawatan ke Masjid An Nur, lihat perkembangan pembinaan

7
Lihat harga yang ditawarkan PERNAMA

Setelah selesai lawatan, Menteri Pertahanan di bawa ke Kompleks PERNAMA Mutiara Armada untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat di PERNAMA. Untuk rekod, Kompleks ini merupakan salah satu cawangan PERNAMA terbesar dalam Pangkalan dan telah dinaiktaraf. Di kesempatan itu juga, beliau sempat meluangkan masa dan beramah mesra dengan seluruh warga TLDM yang hadir.

Rujukan : 272218/03
Artikel : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Kelulusan : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Jurufoto : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Last modified on Selasa, 27 November 2018 09:23

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 508

Bulan ini 8973

Keseluruhan 489812

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM