Nov 29

PROGRAM KHATAN PERDANA TLDM 2018

Lumut, 29 Nov – Teruja bercampur gementar. Itulah gambaran raut wajah 100 kanak-kanak warga pangkalan berumur 5 - 12 tahun yang menyertai Program Khatan Perdana Peringkat Pangkalan TLDM Lumut 2018 dengan kerjasama Badan Hal Ehwal Agama Islam Kawasan (BHEAIK) Lumut, 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut (96 HATL) dan Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Lumut yang turut dihadiri oleh keluarga yang memberi sokongan kepada semua kanak-kanak yang terlibat.

1 Kanak kanak diarak bersama bapa dan pancaragam TLDM
Kanak-kanak diarak bersama bapa
dan pancaragam TLDM

2 Antara peserta kanak kanak yang terlibat
Antara peserta kanak-kanak yang terlibat

3 Ketua Staf bersama peserta kanak kanak
Ketua Staf bersama peserta kanak-kanak

4 Bapa dan anak sama sama basah disiram
Bapa dan anak sama-sama basah disiram

Objektif utama penganjuran ini antaranya adalah memberikan perkhidmatan dan melaksanakan tanggungjawab sosial keluarga Pangkalan TLDM Lumut serta mengekalkan tradisi majlis berkhatan beramai-ramai. Perasmian disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pangkalan Lumut, Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hasan TLDM. Uniknya, acara ini diadakan di jeti TLDM dimana bapa atau penjaga menjunjung anak mereka dengan iringan pancaragam TLDM. Kemudiannya disiram hydrant dari kapal KD LEDANG dan KD MAHAMIRU sebagai gimik perasmian. Kanak-kanak seterusnya akan dibawa ke 96 HATL untuk proses berkhatan.

5 Kanak kanak seronok disiram air
Kanak-kanak seronok disiram air

6 Suasana di dalam dewan berkhatan
Suasana di dalam dewan berkhatan

7 Gelagat bapa dan anak
Gelagat bapa dan anak

8 kanak kanak bersama ibubapa selesai berkhatan
kanak-kanak bersama ibubapa selesai berkhatan

Ketua Staf dalam intipati ucapannya menyatakan amalan ini dituntut bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadat kepada Allah SWT. Dari sudut saintifik, amalan ini merupakan salah satu cara yang dapat membantu tumbesaran kanak-kanak. Beliau juga menzahirkan semoga anak-anak yang terlibat dengan acara ini diberikan semangat keberanian dan juga kesembuhan dengan segera.

Rujukan : 291118/01
Sumber : Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi MkPL
Artikel : Lt Mohd Hafizi bin Mohamad TLDM 
Jurufoto : BM TLR Mohd Firdaus bin Che Omar / LK TNL Norazi bin Ismail

Last modified on Khamis, 29 November 2018 08:55

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 359

Semalam 508

Bulan ini 8981

Keseluruhan 489820

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM