Dis 03

LAWATAN KERJA KOMANDER PANGKALAN TUDM LABUAN KE MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

Kota Kinabalu, 28 Nov 18 – Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah menerima lawatan daripada delegasi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan yang terdiri daripada 80 Pegawai dan Anggota LLP. Lawatan ini diketuai oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigadier Jeneral Dato' Hj Sardon bin Hassan TUDM.

Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Staf MPKS, Kepten Mohd Razib bin Tahir TLDM dan Pegawai Kanan MPKS. Tujuan lawatan ini dilaksanakan bagi berkongsi dan bertukar maklumat tentang aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dipraktikkan oleh kedua belah pihak dalam perlaksanaan tugasan dipangkalan. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar di foyer MPKS dan dikuti dengan sesi taklimat AKAS di Auditorium MPKS yang disampaikan oleh Komander Mohd Hairul Fahmy bin Yob TLDM. Sesi taklimat dilaksanakan secara dialog dua hala bagi membolehkan kedua-dua pihak menyatakan pendapat masing-masing dan seterusnya meningkatkan lagi tahap perkongsian maklumat dan percambahan minda.

GAMBAR 1Sesi Bergambar Bersama Para Delegasi
GAMBAR 2
Refreshment di Bilik VVIP
GAMBAR 3
Taklimat, Sesi Dialog dan Percambahan Minda di Auditorium MPKS

Lawatan diteruskan dengan para delegasi dibawa ke Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) bagi melihat secara lebih dekat aspek latihan yang dilaksanakan dalam melahirkan seorang anggota berkepakaran kapal selam TLDM. Lawatan dimulakan dengan delegasi diberi taklimat oleh Ketua Staf merangkap Pegawai Memerintah PLKS sebelum dibawa melawat Simulator Diving (SIMDIV) dan Simulator Tactical (SIMTAC). Para delegasi amat teruja dengan pengalaman dan pendedahan maklumat yang dikongsikan tentang latihan yang dilaksanakan dalam setiap simulator oleh jurulatih yang berpengalaman dalam aspek pengendalian kapal selam. Delegasi telah didedahkan dengan demonstrasi ringkas yang dilaksanakan oleh submariner TLDM sambil diberi penerangan berkenaan pengoperasian simulator tersebut oleh para jurulatih.

GAMBAR 4Lawatan ke SIMDIV
GAMBAR 5
Lawatan ke SIMTAC

Delegasi juga dibawa melawat ke hangar MPKS untuk melihat aspek rutin pasang pulih (refit) yang sedang dilaksanakan kepada KD TUN RAZAK. Pengalaman untuk melihat kapal yang sedang melaksanakan rutin refit memberikan pengalaman berharga bagi para delegasi. Lawatan berakhir sekitar jam 1300H dengan sesi menandatangani buku pelawat dan pertukaran cendera kenangan.

GAMBAR 6Tandatangan Buku Pelawat
GAMBAR 7
Bertukar Cendera Kenangan

 

Rujukan: 031218/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS
Artikel: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto: LK KOM Mohd Shafirul bin Ramlee

Last modified on Isnin, 03 Disember 2018 03:43

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 357

Semalam 508

Bulan ini 8979

Keseluruhan 489818

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM