Dis 03

INTEGRATED TEAM TRAINING ARMADA TIMUR SIRI 3/18 TINGKAT KESIAGAAN

KOTA KINABALU 28 Nov – Kerjasama di antara pegawai dan staf Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit-unit di bawah naungan diteruskan lagi dengan pelaksanaan satu lagi latihan iaitu Latihan Tim Bersepadu atau Integrated Team Training Siri 3/18 yang telah bermula sejak 19 Nov 18 dan berakhir pada hari ini.

1Majlis pembukaan ITT 3/18 dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir (N1)
2
Peserta ITT 3/18 terdiri daripada pegawai dan staf
Markas Pemerintahan Armada Timur dan
unit-unit di bawah naungan

Asisten Ketua Staf Tadbir (N1), Kept Zahid bin Abd Aziz TLDM dalam ucapan penutupnya berkata, untuk mencapai kemenangan dalam peperangan, hampir keseluruhan daripadanya adalah proses perancangan itu sendiri dan selebihnya adalah tindakan atau pelaksanaan. Justeru, perkara ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi serta mudah difahami oleh setiap yang terlibat.

Sepanjang pelaksanaan latihan, para peserta telah mencapai objektif kursus yang digariskan. Para peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pembelajaran dalam merancang pelaksanaan eksesais atau operasi. Selain itu, segala ilmu yang ditimba dapat dijadikan sebagai bekalan untuk digunapakai sepanjang perkhidmatan.

3Perbincangan peserta secara berkumpulan mengikut bahagian
4
Penyampaian dan penerangan secara teori
5
Pembentangan peserta kepada Pegawai Penilai

Pembentangan telah dilakukan oleh para peserta merangkumi perkara berkaitan Pentadbiran, Perisikan, Operasi, Logistik dan Teknikal untuk menghasilkan Arahan Operasi atau Naval Operation Order (Naval OpO) yang lengkap.

Pelaksanaan ITT 3/18 ini dilihat dapat menilai kebolehan, kecekapan dan kelancaran fungsi setiap bahagian di Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit-unit di bawah naungan untuk bertindak menangani krisis pada masa hadapan. Latihan sebegini merupakan inisiatif yang amat baik dan diharap dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi memperkukuhkan lagi ilmu peperangan warga TLDM amnya dan Markas Pemerintahan Armada Timur khususnya.

 

Rujukan: 031218/03
Sumber: Markas Pemerintahan Armada Timur
Artikel: Lt Meor Habil TLDM Bahagian OPHAD MPA Timur
Jurufoto: LK I Zulhakimi

Last modified on Isnin, 03 Disember 2018 05:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 357

Semalam 508

Bulan ini 8979

Keseluruhan 489818

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM