Dis 03

PANGLIMA TENTERA LAUT KE-17 MULAKAN TUGAS SECARA RASMI

KUALA LUMPUR, 3 Dis - Panglima Tentera Laut yang baharu, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany memulakan tugas secara rasmi sebagai PanglimaTentera Laut (PTL) di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di sini, hari ini. Beliau dilantik sebagai PTL ke-17 menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dalam Majlis Serah Terima Tugas pada 30 November lalu.

Ketibaan Laksamana Datuk Mohd Reza pagi ini dimulai dengan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) beserta Panji-panji KD MALAYA yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Lt Kdr Mohd Sukri Abdul Rahman TLDM di Dataran Wisma Pertahanan.

Gambar 1Panglima Tentera Laut menerima tabik hormat sejurus tiba di
Dataran Wisma Pertahanan
Gambar 2
Panglima Tentera Laut memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU)
beserta Panji-panji KD MALAYA
Gambar 3
Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany memulakan tugas di hari pertama
sebagai Panglima Tentera Laut yang baharu hari ini
Gambar 4
Laksdya Datuk Khairul Anuar Yahya membuat kunjungan hormat ke atas
Panglima Tentera Laut sempena hari pertama beliau berkhidmat
sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut

Terdahulu, majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas sempena pelantikan Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany sebagai Panglima Tentera Laut menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzamanbin Hj Ahmad Badaruddin yang akan bercuti dan seterusnya bersara dari perkhidmatan dalam TLDM telah diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan, Jumaat lalu. Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan; Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Panglima Angkatan Tentera; YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Pautan media sosial:
Twitter : https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069482785327333376
https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069440915817693184
https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1069404855419121664

Facebook: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/photos/pcb.2053493721375292/2053491244708873/?type=3&theater

 

Rujukan: 031218/06
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel: Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Jurufoto: LK TNL Mohamad Hafefzul bin Abdul Zani

Last modified on Isnin, 03 Disember 2018 14:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 359

Semalam 508

Bulan ini 8981

Keseluruhan 489820

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM