Dis 03

PEMANGKU KEPTEN AZEMAN BIN YUSOFF TLDM TIMBALAN PANGLIMA WILAYAH LAUT 2 YANG BAHARU

SANDAKAN, 3 Disember 2018 - Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) menerima Timbalan Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) yang baharu apabila Pemangku Kepten Azeman bin Yusoff TLDM mengambil alih tugas daripada Kepten Zahari bin Samsuri TLDM dengan rasminya hari ini. P/Kept Azeman bin Yusoff TLDM sebelum ini merupakan Pegawai Staf 1 Sejarah Maritim di RMN Sea Power Centre. Majlis penyerahan tugas tersebut telah dilaksanakan di Dewan Mohd Azim, Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) Taman Samudera, Sandakan.

Majlis yang bersejarah itu telah disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Sebelum itu, majlis turut menyaksikan Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kepten TLDM yang juga telah disempurnakan oleh PANGWILLA 2. Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan upacara serah terima tugas Pegawai Memerintah KD SRI GAYA di mana Leftenan Komander Mazly bin Kamarolzaman TLDM telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Leftenan Komander Mohd Nor Fazli bin Mat Hassan TLDM.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 dan Isteri P/Kept Azeman TLDM menyempurnakan
upacara pemakaian pangkat
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangani sijil serah terima tugas
GAMBAR 3
Penyerahan Nota Serah Terima Tugas daripada Kept Zahari TLDM
kepada P/Kept Azeman TLDM
GAMBAR 4
PANGWILLA 2 merakamkan setinggi penghargaan di atas sumbangan
yang telah diberikan oleh Kept Zahari TLDM
GAMBAR 5
Para isteri turut hadir memberikan sokongan kepada suami masing-masing

Berucap ketika majlis berkenaan PANGWILLA 2 berkata, kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan P/Kept Azeman bin Yusoff TLDM untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. YBhg Laksda Dato’ Ganesh Navaratnam percaya Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu akan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam membawa MAWILLA 2 ke arah kecemerlangan.

PANGWILLA 2 juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Timbalan PANGWILLA 2, Kept Zahari bin Samsuri TLDM yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang berkhidmat lebih 2 tahun di MAWILLA 2. Mantan Timbalan PANGWILLA 2, Kepten Zahari bin Samsuri TLDM telah memegang jawatan tersebut mulai 30 Ogos 2017 iaitu sejak MAWILLA 2 beroperasi di Pangkalan TLDM Sandakan. Beliau seterusnya akan bertukar keluar ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mulai 10 Disember 2018.

 

Rujukan: 031218/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amerudin bin Nik Par

Last modified on Isnin, 03 Disember 2018 15:59

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 356

Semalam 508

Bulan ini 8978

Keseluruhan 489817

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM