Dis 03

LEFTENAN KOMANDER MOHD NOR FAZLI BIN MAT HASSAN AMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN KD SRI GAYA

SANDAKAN, 3 Disember 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Diraja SRI GAYA (KD SRI GAYA) Merangkap Pegawai Kanan Skuadron Kapal Bekalan Ke-33 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Leftenan Komander Mazli bin Kamarolzaman TLDM dengan rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan KD SRI GAYA kepada Leftenan Komander Mohd Nor Fazli bin Mat Hassan TLDM.

Majlis telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Nota Serah Terima Tugas di antara Mantan Pegawai Memerintah kepada Pegawai Memerintah baharu sambal disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Seterusnya PANGWILLA 2 telah menyempurnakan upacara penurunan Insignia Pemerintahan daripada Mantan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Insignia Pemerintahan kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Sebagai simbolik peralihan tampuk pemerintahan, Mantan Pegawai Memerintah telah menyerahkan teropong kepada Pegawai Memerintah yang baharu. Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan upapara pemakaian pangkat Timbalan PANGWILLA 2 yang baharu sebelum diakhiri dengan serah terima tugas Timbalan PANGWILLA 2.

GAMBAR 1PANGWILLA 2 menyaksikan upacara menandatangi sijil serah terima tugas
GAMBAR 2
PANGWILLA 2 menurunkan Insigna Pemerintahan daripada
Mantan Pegawai Memerintah
GAMBAR 3
PANGWILLA memakaikan Insigna Pemerintahan kepada
Pegawai Memerintah yang baharu
GAMBAR 4
Penyerahan Teropong simbolik penyerahan tampuk pemerintahan
GAMBAR 5
Pegawai Memerintah KD SRI GAYA yang baru menggayakan telah
mengambil alih pemerintahan secara rasminya
GAMBAR 6
Bergambar kenangan bersama PANGWILLA 2 selesai majlis

Dalam ucapan PANGWILLA 2 berkata pelantikan sebagai Pegawai Memerintah KD SRI GAYA yang baharu merupakan manifestasi keyakinan dan kepercayaan pucuk pimpinan TLDM terhadap kewibawaan Navy People untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. PANGWILLA 2 mengharapkan Pegawai Memerintah KD SRI TIGA akan terus memacu kapal tersebut dengan lebih gemilang berbekalkan pengalaman yang beliau telah perolehi ketika berkhidmat di beberapa buah kapal sebelum ini dan mempraktikkan segala ilmu serta pengalaman yang telah diperolehi dalam menjalankan tugas di KD SRI GAYA kelak. Beliau turut menaruh keyakinan terhadap Pegawai Memerintah untuk dapat meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan yang telah dipamerkan oleh Mantan Pegawai Memerintah.

Di akhir ucapan, PANGWILLA 2 mengucapkan ribuan terima kepada mantan Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Kamarulzaman TLDM yang telah menerajui kapal tersebut selama hampir 1 tahun 2 bulan sehingga berjaya memastikan kesiapsiagaan kapal berada di tahap tertinggi serta mampu untuk melaksanakan operasi di laut dengan berkesan. Beliau bakal bertukar masuk ke Markas Tentera Laut, Pejabat Panglima Tentera Laut sebagai Pegawai Staf Penulisan B.


Rujukan: 031218/08
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Ahmad Fitri bin Osman TLDM
Jurufoto: LK l PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

Last modified on Isnin, 03 Disember 2018 16:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 351

Semalam 508

Bulan ini 8973

Keseluruhan 489812

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM