Dis 17

PERBARISAN OPERASI PANGLIMA ARMADA BARAT PAMER KESEGAKAN NAVY PEOPLE

Gambar 1Panglima Armada Barat memeriksa perbarisan Navy People

Lumut, 17 Dis – Perbarisan Operasi Panglima Armada Barat telah dilaksanakan di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM, Lumut pagi ini. Perbarisan penuh tradisi tentera laut ini merupakan perbarisan ulung Panglima Armada Barat setelah beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi di Armada Barat sejak 15 Nov yang lalu.

Perbarisan pagi ini telah melibatkan 48 Pegawai dan 465 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tampil segak berpakaian celoreng digital, masing-masing membawa senjata M4 Carbine bagi LLP dan Pistol Glock 17 bagi Pegawai. Perbarisan operasi ini telah diketuai oleh Kdr Mohamad Zirwandy bin Zainuddin TLDM manakala pancaragam yang mengiringi perbarisan adalah Pancaragam Pusat TLDM di bawah pimpinan Lt Mohd Shamram bin Ramli TLDM. Beberapa aset TLDM turut diperagakan dalam perbarisan ini antaranya Motorsikal Rider PROTELA, RHIB KD DUYONG dan RHIB Digital PASKAL, 2 buah 3 ton digital dan 2 buah trak pembawa Missile Torpedo.

Panglima Armada Barat ke-23, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli telah dilahirkan pada tanggal 25 Disember 1959 di Pulau Pinang dan telah berkhidmat hampir 41 tahun bersama TLDM. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan penting sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan dan Penasihat Pertahanan di Rome, Italy.

Dalam perbarisan ini, Panglima Armada Barat telah mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan warga Navy People yang hadir. Laungan ‘Gempur Wira’ sebanyak tiga kali menggegarkan Padang Kawad KDP membuktikan semangat tinggi warga Navy People yang menyertai perbarisan ini. Formasi ‘1st’ yang dilaksanakan oleh kesemua warga Navy People di akhir perbarisan adalah simbolik misi Markas Pemerintahan Armada Barat yang sentiasa menggalakkan warga untuk menjadi ‘yang pertama’ dalam kesemua aspek.

 


Sumber: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Oleh: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB
Foto: Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

 

Klik ke galeri

Last modified on Jumaat, 28 Disember 2018 01:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 337

Semalam 508

Bulan ini 10784

Keseluruhan 564334

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM