Dis 21

UPACARA PENUTUP OP PATKOR MALINDO 142/18

LANGKAWI 18 Dis 18 – Upacara penutup Op PATKOR MALINDO siri 142/18 telah dilaksanakan di Pangkalan TLDM Langkawi. Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) selaku tuan rumah telah menerima kunjungan 2 buah kapal Tentera Nasional Indonesia - Angakatan Laut (TNI-AL) iaitu KRI KUJANG dan KRI ALAMANG manakala kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat ialah KD JERAI dan KD MAHAMIRU.

Kapal-kapal yang terlibat dengan operasi ini telah selamat merapat di Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi (TPPL) pada 17 Dis 18. Ketibaan kapal disambut oleh warga MAWILLA 3. Seterusnya, kunjungan hormat oleh Laksamana Pertama Dafit Santoso selaku Komandan Gugus Keamanan Laut Armada 1 (DANGUSKAMLA KOARMADA 1) ke atas Laksamana Pertama Mohamad Azuwan bin Harun, Panglima Wilayah Laut 3. Acara dimulakan dengan DANGUSKAMLA KOARMADA 1 mengambil Tabik Hormat, pemeriksaan Kawalan Suku, sesi tandatangan buku pelawat dan seterusnya kunjungan hormat.

1Warga MAWILLA 3 menyambut ketibaan kapal
2
Kunjungan Hormat Delegasi TNI-AL ke atas PANGWILLA 3
3
Sesi pertukaran pelaka

Majlis perasmian penutup telah dilaksanakan di Dewan Wan Darus oleh Panglima Wilayah Laut 3. Sebelum upacara penutup dirasmikan, Kdr Khairil bin Sarian TLDM, Ketua Gugus Tugas telah membentangkan taklimat selesai operasi kepada semua yang hadir. Rondaan bersama yang dilaksanakan ini dapat mengekang kejadian perlanggaran undang-undang di perairan Selat Melaka. Pada sebelah petang, perlawanan persahabatan futsal di antara wakil MAWILLA 3, KD MAHAMIRU, KD JERAI, KRI KUJANG dan KRI ALAMANG telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Pangkalan TLDM Langkawi. Majlis Malam Mesra juga telah dianjurkan oleh pihak TLDM bertempat di Ombak Villa dengan penglibatan pegawai daripada TLDM dan TNI-AL.

4Majlis Penutup Op PATKOR MALINDO 142/18
5
Perlawanan futsal persahabatan

Perasmian Program Jiwa Murni juga telah dilaksanakan pada 18 Dis 18 yang mana Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Langkawi telah dipilih sebagai tempat pelaksanaan Program Jiwa Murni sempena penutup Op PATKOR MALINDO kali ini. Program ini telah bermula pada 3 Dis 18 sehingga 18 Dis 18. Aktiviti lebih menjurus kepada kerja-kerja baik pulih insfrastruktur, perkakasan elektrik dan pembersihan kawasan. Selain daripada itu, Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma kepada penghuni PPDK Langkawi.

6PANGWILLA 3 bergambar bersama sebahagian penghuni PPDK Langkawi
7
PANGWILLA 3 menanam pokok sebagai tanda Perasmian Program Jiwa Murni
8
PANGWILLA 3 menyampaikan sumbangan kepada Penyelia PPDK Langkawi

Kapal TNI-AL dan kapal TLDM yang terlibat Op PATKOR MALINDO 142/18 telah keluar belayar dari TPPL pada 19 Dis 18.

9Warga MAWILLA 3 beratur memberi penghargaan kepada kapal TNI-AL

 

Sumber: Perhubungan Awam MAWILLA 3
Artikel: Lt Mohd Ruzuan bin Mohd Rukman TLDM
Foto: LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

Last modified on Isnin, 24 Disember 2018 07:49

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 361

Semalam 479

Bulan ini 10031

Keseluruhan 540018

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM