Dis 21

OPERATIONAL SEA TRAINING EXERCISE SIRI 2/18: KESIAPSIAGAAN ASET, PENILAIAN KOMPETENSI KREW DAN RONDAAN PENGUATKUASAAN BERSAMA SEA RIDER APMM

Tanjung Gelang, 20 Dis 18. Operational Sea Training Exercise (OSTEX) Siri 2/18 telah berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 Dis 18 di sekitar perairan Tg Gelang, Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil. Di samping memfokuskan kepada latihan dan pendedahan praktikal kepada warga kapal berkaitan taktikal peperangan, manuvra taktis dan melalui evolusi kelautan, siri latihan kali ini mempunyai kelainan apabila ianya turut disertai oleh 3 pegawai dan 5 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang ditumpangkan di kapal-kapal TLDM terlibat. Kolaborasi bersama APMM ini bertujuan untuk memperkasakan lagi rondaan penguatkuasaan di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

1a
PANGWILLA 1 menyertai pelayaran bersama KD PERKASA

2a

3a
Latihan NAVEX

4a

Selain untuk memperkasakan tahap kesiagaan aset dan warga, OSTEX 2/18 ini juga bertujuan untuk membina keyakinan yang tinggi dalam kalangan komuniti maritim di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan kehadiran serta kemampuan aset-aset TLDM di dalam menjaga kedaulatan negara.

5a
Latihan Melawan Kebakaran

6a

7a
Stesen Bertindak di KD PAHANG

8a
Acara General Drill

OSTEX 2/18 ini turut disertai oleh Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1), Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis yang belayar bersama KD PERKASA dan KD PAHANG. Pada Majlis Penutup, PANGWILLA 1 dalam ucapannya menilaikan bahawa siri latihan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Walaupun dalam keadaan cuaca buruk yakni di musim tengkujuh, krew kapal telah mempamerkan kredibiliti dan komitmen pada setiap evolusi yang dilaksanakan. Selain itu, beliau turut menyarankan supaya siri OSTEX akan datang dilaksanakan dengan lebih kreatif dengan mengoptimumkan lagi kepakaran serta kemampuan aset-aset TLDM di MAWILLA 1 supaya penilaian kesiagaan aset dan warga dapat dilaksanakan secara holistik.

Rujukan : 211218/02
Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel : Lt Kdr Muhamad Fadhil bin Samsuddin TLDM
Jurufoto : BM PRL Mohamad Muhaymin bin Mohd Nasir

Last modified on Jumaat, 21 Disember 2018 10:59

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 335

Semalam 508

Bulan ini 10782

Keseluruhan 564332

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM