Dis 28

DUA DALAM SATU - MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI MPA BARAT

PAB bersama JLAKSPanglima Armada Barat dan ahli JLAKS yang hadir bergambar bersama
Pegawai TLDM yang diraikan dalam majlis bersejarah hari ini

LUMUT, 28 Dis – Warga Navy People yang berkhidmat di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Barat berkumpul di Serambi Markas hari ini bagi menyaksikan serta meraikan dua pegawai TLDM yang dinaikkan pangkat dan majlis serah terima tugas bagi tiga jawatan penting iaitu Pegawai Memerintah KLD TUNAS SAMUDERA, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan Asisten Ketua Staf Tadbir.

Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya yang penuh semangat oleh warga Navy People yang hadir.

Membuka tirai majlis, Panglima Armada Barat telah menyempurnakan pemakaian pangkat Komander TLDM kepada Lt Kdr Emmry Shahril bin Mokhtar TLDM dan Lt Kdr Mohd Sharedzwan bin Saharudin TLDM. Seterusnya, majlis serah terima tugas dimulakan dengan Kdr Saharudin bin Bongsu TLDM menyerahkan tampuk pemerintahan KLD TUNAS SAMUDERA kepada Kdr Mohd Nor bin Othman TLDM manakala bagi KD LAKSAMANA TUN ABD JAMIL pula, Lt Kdr Mazlan bin Mehat TLDM telah menyerahkan jawatan Pegawai Memerintah kepada Lt Kdr Mohd Faizean bin Mohd Daud TLDM. Jawatan AKS Tadbir pula menyaksikan penyerahan tampuk pemerintahan oleh Kdr Noorhakimi bin Isa TLDM kepada Kdr Mohd Sharedzwan bin Saharudin TLDM.

Panglima Armada Barat dalam ucapan beliau berharap agar pegawai yang telah dinaikkan pangkat akan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien seiring dengan pengiktirafan yang telah diberikan TLDM. Beliau turut berharap dengan peralihan tampuk pemerintahan yang baru bagi kedua buah kapal dan markas, warga Navy People akan terus berganding bahu demi kegemilangan TLDM dalam mencapai misi ’World Class Navy’.

Sumber : Pejabat Perhubungan Strategik MPAB

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 17 April 2019 03:21

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 294

Semalam 430

Bulan ini 8675

Keseluruhan 602271

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM