Dis 29

KD PARI LAKSANA IBM DAN PROMOSI K3M DI PULAU SIPADAN

SEMPORNA, 28 Disember 2018 – Kapal Diraja PARI (KD PARI) telah mengambil kesempatan semasa penugasan operasi bagi melaksakan lawatan ke Pulau Sipadan bagi melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama anggota Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) yang bertugas di Pos Pulau Sipadan serta penerangan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M).

Terdahulu, Tim Mendarat KD PARI yang diketuai oleh Pegawai Peperangan Atas Air, Leftenan Amir Hamzah bin Mat Sari TLDM telah melaksanakan evolusi mendarat di Pulau Sipadan. Tujuan utama evolusi ini adalah sebagai latihan kepada anggota kapal di samping untuk melaksanakan IBM bersama Pos Pulau Sipadan. Setibanya di jeti, ketibaan Tim Mendarat disambut baik oleh petugas Pos Pulau Sipadan yang diterajui oleh Leftenan Muda Arrifin bin Muhamad, Ketua Platun Kompeni A dari 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD). Tim juga diberikan peluang untuk melawat ke sekitar Pos Pulau Sipadan.

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau yang terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti pelancongan khususnya menyelam skuba kerana pulau ini menawarkan keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia. Di samping sebagai tarikan pelancongan, pulau ini juga dijadikan sebagai tempat perlindungan hidupan liar seperti penyu di mana pusat penetasan telur penyu juga disediakan dibawah seliaan Jabatan Taman Laut Sabah. Aktiviti menyelam di Pulau Sipadan hanya dibenarkan dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang dan selepas dari waktu itu, perintah berkurung di Pulau Sipadan akan dikuatkuasakan.

Tim juga mengambil kesempatan mempromosikan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M). Penerangan Aplikasi K3M disasarkan kepada anggota Pos Pulau Sipadan yang rata-ratanya telah memberi maklum balas positif serta teruja dengan kelebihan aplikasi tersebut. Tim juga turut membantu proses muat turun Aplikasi K3M ke dalam telefon pintar mereka di samping memberi tunjuk ajar tatacara penggunaan aplikasi tersebut. Maklumat terkini keadaan di kawasan tersebut juga turut diperolehi merangkumi pola kedatangan pelancong dan kewujudan sebarang ancaman sekiranya ada. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau App Store dengan menaip ‘K3M’ pada papan cariannya.

Secara keseluruhanya, objektif pada kali ini tercapai kerana anggota Pos Pulau Sipadan telah memahami serta memandang positif akan usaha yang dilakukan oleh pihak TLDM dalam menjaga keselamatan komuniti maritim serta kedaulatan perairan negara dari sebarang anasir yang mampu mengancam keamanan negara.

GAMBAR 1IBM bersama anggota Pos Pulau Sipadan dan lawatan sekitar Pulau Sipadan
GAMBAR 2
Lawatan ke tapak penetasan penyu
GAMBAR 3
Penerangan penggunaan aplikasi K3M

 

#SipadanParadise
#MAWILLA2
#PantasBerbisa
#RMNStingray


Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – KD PARI
Artikel: Lt Muda Hazrul Helmy bin Mohamad TLDM
Foto: LK I TLR Ahmad Shukri bin Samat

Last modified on Sabtu, 29 Disember 2018 09:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 368

Semalam 501

Bulan ini 8692

Keseluruhan 574938

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM