Jan 03

MAJLIS PENYERAHAN RASMI KALENDAR ATM 2019 & PENYERAHAN SUMBANGAN TAHUNAN PERNAMA

CHIEF OF DEFENCE FORCE AND ALL SERVICE CHIEFS WITH THEIR RESPECTIVE CALENDARS Panglima Angkatan Tentera dan panglima-panglima perkhidmatan menerima
kalendar ATM 2019 daripada Pengerusi PERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Majlis penyerahan rasmi kalendar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 dan penyerahan sumbangan tahunan oleh Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) telah diadakan hari ini di Auditorium Kementah, Wisma Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PERNAMA Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Haji Zainal (B) diikuti dengan ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Penyerahan kalendar ATM kemudian disempurnakan Pengerusi PERNAMA kepada PAT, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara. Sumbangan tahunan PERNAMA kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera turut dilaksanakan bersama dengan 1,117 naskan buku terbitan PERNAMA kepada Perpustakaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tema kalendar PERNAMA kali ini adalah ‘Demi Malaysia Berdaulat Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata’ memfokuskan terhadap eksesais dan latihan yang dilaksanakan di peringkat setiap perkhidmatan, ATM serta antarabangsa. Di dalam ucapan beliau, Pengerusi PERNAMA menyatakan bahawa hasrat PERNAMA adalah untuk memaparkan eksesais dan latihan yang menjadi penyumbang terbesar kepada kesiapsiagaan ATM.

Majlis turut dihadiri pegawai dan anggota ATM yang bertugas di Kementerian Pertahanan.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Lt Dya Norzuhaira Binti Ruhanie PSSTLDM
Foto : LK PWP Muhamad Zul Akmal Bin Ahmad

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 07 Januari 2019 01:02

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 456

Semalam 517

Bulan ini 7502

Keseluruhan 525327

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM