Jan 07

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN SISTEM INFORMASI, MARKAS TENTERA LAUT

2Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Komunikasi

KUALA LUMPUR, 7 Jan - Warga Navy People Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi Markas Tentera Laut turut bersama-sama di Pejabat Sistem Informasi hari ini bagi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas bagi tiga jawatan utama iaitu Pegawai Staf 1 Komunikasi, Pegawai Kuasa Pembahagian TLDM dan PS 2 Portal dan Aplikasi.

Majlis ini dimulakan dengan Lt Kdr Shahrul Effendy bin Sapari TLDM menyerahkan tugas kepada Lt Kdr Eini Suriani binti Louis TLDM sebagai PS 2 Portal dan Aplikasi. Lt Kdr Mohd Faidzal bin Abbas TLDM menyerahkan tampuk kepimpinan KP TLDM kepada Lt Mohd Izar bin Alias TLDM. Jawatan Pegawai Staf 1 Komunikasi pula menyaksikan penyerahan diantara Kdr Mohd Hizan bin Mohd Yusoff TLDM kepada Kdr Mohd Sham bin Abdullah TLDM. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Pengarah Komunikasi dan Sistem Informasi, Kept Mohd Shafie bin Haji Ahmad Badaruddin TLDM.

3Serah Terima tugas PS 2 Portal dan Aplikasi
1Serah Terima Tugas Pegawai Kuasa Pembahagian TLDM

Pengarah Komunikasi dan Sistem Informasi dalam ucapan beliau berharap agar pegawai yang telah diberi tanggungjawab dapat melaksanakan tugasan dengan efisien seiring dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh TLDM dan memacu Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi kearah kecemerlangan. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pegawai yang bertukar keluar atas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Bahagian ini.


Sumber: Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi
Artikel: Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi
Foto: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Isnin, 07 Januari 2019 10:10

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 31

Semalam 355

Bulan ini 7558

Keseluruhan 587484

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM