Jan 08

PERUTUSAN ULUNG PANGLIMA TENTERA LAUT DAN AMANAT TAHUN BARU 2019

VD7A4938Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, menyampaikan
Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut 
dan Amanat Tahun Baru 2019 

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut (PTL) ke-17 bagi tahun 2019, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Mengambil kira betapa pentingnya peranan kepada negara, TLDM meletakkan proses pembangunan keupayaannya di atas landasan yang bukan sahaja kukuh malahan berpaksikan kepada formula yang tepat dan telah diuji keberkesanannya. Fokus TLDM pada tahun ini dan tahun yang mendatang adalah berteraskan empat keutamaan untuk mendepani masa hadapan (Future Direction). Empat teras utama tersebut adalah seperti berikut:

a. Teras Pertama: Memberi Keutamaan Kepada Kesiagaan Armada TLDM.

b. Teras Kedua: Membangun Semula Armada TLDM Sesuai dengan Perancangan Program Transfomasi TLDM 15 Ke 5.

c. Teras Ketiga: Meningkatkan Integrasi dan Sokongan Kepada Aspek Kebersamaan atau Jointness.

d. Teras Keempat: Menyedia Modal Insan Terbaik untuk Memenuhi Keperluan Masa Hadapan.

Sebelum mengakhiri amanat, PTL mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga tahun ini memberi sinar baharu dan menjadi permulaan penuh keberkatan untuk The Navy People dalam semua perkara, baik dalam urusan peribadi, kerjaya, dunia mahupun akhirat.

Majlis turut dihadiri seramai 400 The Navy People sekitar Lembah Klang dan telah dilaksanakan secara langsung melalui video conference bersama seluruh warga TLDM secara serentak di semua pangkalan TLDM seluruh Malaysia.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Mohamad Farhan bin Abdul Razak TLDM
Foto      : LK TNL Mohd Hafefzul bin Abd Zani

 

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 23 Januari 2019 09:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 338

Semalam 508

Bulan ini 10785

Keseluruhan 564335

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM