Jan 22

AUDIT KESIAPSIAGAAN MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM 2019

GAMBAR 2Panglima Tentera Laut diiringi Panglima Angkatan Kapal Selam
ketika memeriksa perbarisan

KOTA KINABALU, 21 Jan - Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) membuka tirai tahun baru 2019 dengan pelaksanaan Audit Kesiapsiagaan oleh Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut. Audit Kesiapsiagaan ini bermula pada 21 Jan dan dijangka selesai pada 24 Jan 19. Seramai 18 pegawai dan 6 anggota lain-lain pangkat dari Bahagian Inspektorat Jeneral terlibat secara langsung dalam Audit Kesiapsiagaan ini yang diketuai oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany.

Objektif Audit Kesiapsiagaan ini adalah untuk menilai tahap kemampuan dan prestasi unit di dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan teras. Kali terakhir MPKS menjalani audit pengurusan adalah pada tahun 2015. Acara dimulakan dengan Istiadat Perbarisan yang telah disempurnakan oleh Datuk Mohd Reza, dimana ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain. Istiadat perbarisan ini melibatkan seramai 23 Pegawai dan 48 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Pegawai Perbarisan, Kdr Fakarizal Shah bin Ahmad TLDM dan dibantu oleh Pegawai Waren Perbarisan, PW I TMK Budiawan bin M. Sihadi.

Selesai perbarisan, Datuk Mohd Reza telah meluangkan masa beramah mesra bersama warga Angkatan Kapal Selam (AKAS) yang mengambil peluang untuk mendekati pemerintah tertinggi TLDM yang baharu ini. Kehadiran PTL ke MPKS buat julung kalinya telah memberi satu suntikan semangat bagi warga AKAS dalam mengekalkan keputusan Audit Pengurusan tahun 2015. 

Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : PW I TLR Najib bin Safie
Foto : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 04 Februari 2019 02:02

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 361

Semalam 479

Bulan ini 10031

Keseluruhan 540018

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM