Jan 24

LIMA BINTANG UNTUK MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

 GAMBAR 7Sesi bergambar bersama Timbalan Ketua Audit dan Tim BIJ

KOTA KINABALU, 24 Jan - Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah selesai menjalani Audit Kesiapsiagaan (AK) oleh Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) Markas Tentera Laut yang bermula pada 21 hingga 24 Jan 19. MPKS buat julung kalinya diaudit menggunakan format siri N berdasarkan FED (M) yang diluluskan. Audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap kemampuan dan prestasi markas di dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan teras.

Taklimat Pengurusan MPKS telah disampaikan oleh Kept Mohd Razib bin Tahir TLDM, Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam merangkap Ketua Staf semasa Taklimat Pembukaan AK MPKS 19. Lawatan pemeriksaan kemudian telah dilaksanakan oleh Inspektor Jeneral, Laksamana Pertama Baharuddin bin Wan Mat Nor meliputi bangunan utama, bangunan logistik, bangunan utiliti dan kenderaan, penginapan krew dan bangunan keselamatan. Audit diteruskan dengan pemeriksaan dokumen oleh Tim BIJ berpandukan protokol audit yang dikeluarkan. Semua teguran telah diambil tindakan segera bagi penambahbaikan sistem pengurusan. Latihan melawan kebakaran telah dilaksanakan di Bangunan Logistik MPKS untuk menilai tahap kesiapsiagaan anggota dan peralatan mencegah dan melawan kebakaran beroperasi dalam keadaan yang baik.

Taklimat penutup AK MPKS 19 dimulakan dengan pembentangan hasil penemuan semasa audit dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan MPKS terus menjadi sebuah angkatan yang kredibel dan berwibawa. Secara keseluruhannya, MPKS telah berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang dengan memperolehi markah sebanyak 90.3%. Komitmen penuh warga MPKS dan unit di bawah naungan yang bertungkus lumus dalam memastikan persiapan dan perlaksanaan AK MPKS 19 berjalan lancar telah membuahkan hasil dan menjadi pemangkin untuk mencapai visi menjadi angkatan kapal selam yang berwibawa dan digeruni.

Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel : PW I TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto : PR MPKS

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 04 Februari 2019 01:57

HARI KEMERDEKAAN KE 62 (SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 30

Semalam 355

Bulan ini 7557

Keseluruhan 587483

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM