Feb 25

KEKALKAN PERPADUAN! NAVY PEOPLE DI PANGKALAN TLDM LUMUT RAI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA

DSC 8339Panglima Armada Barat beri angpau setibanya beliau di Wisma Samudera

LUMUT, 23 Feb – Xin Nian Kuai Le! Wisma Samudera menjadi lokasi pilihan bagi warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2019. Berkonsepkan Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai, sambutan ini telah dihadiri pegawai TLDM berbilang kaum.

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli dan isteri. Kehadiran beliau disambut dengan tarian singa yang merupakan satu lambang kebudayaan masyarakat kaum Cina. Tarian Singa yang mempunyai karakter istimewa ini sering dipersembahkan pada setiap sambutan tahun baru dan dipercayai akan membawa tuah. Upacara menggaul Yee Sang yang membawa maksud penyatuan dan lambang kemurahan rezeki turut dilaksanakan bersama tetamu yang hadir. Istimewa kali ini, warga yang hadir turut berpeluang menulis nama mereka dalam huruf tulisan cina.

Sambutan Tahun Baru Cina merupakan aktiviti keraian yang saban tahun dilaksanakan. Majlis seperti ini dapat mengumpulkan kesemua pegawai TLDM dengan tujuan mengeratkan silaturrahim dan berkongsi kebudayaan serta tradisi yang dimiliki masyarakat kaum Cina kepada semua. Ia juga dapat menunjukkan kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia yang hidup dalam harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Klik ke galeri

Last modified on Isnin, 25 Februari 2019 07:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 58

Semalam 350

Bulan ini 8058

Keseluruhan 549978

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM