Feb 26

LAWATAN RASMI YB SENATOR LIEW CHIN TONG KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

1. Sesi bergambar Timbalan Menteri Pertahanan bersama Pegawai Pegawai Kanan PHN dan KD SAASSesi bergambar Timbalan Menteri Pertahanan bersama Pegawai-Pegawai
Kanan PHN dan KD SAAS

KLANG, 26 Feb - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong telah berkesempatan untuk melawat Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pangkalan TLDM Pulau Indah. Walaupun padat dengan rutin harian di Kementerian Pertahanan, YB Senator Liew meluangkan masa untuk mendekati dan mengenali dengan lebih dekat peranan, tugas dan tanggungjawab PHN.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertahanan pada Mei 2018, atas jemputan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany. Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan, Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, Pegawai Memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah, Kdr Mohaizah binti Mohamed TLDM serta Ketua-Ketua Jabatan.

Beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku sebelum menerima taklimat oleh Pengarah Geospatial, Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM.  Antara pengisian taklimat termasuk peranan dan keupayaan PHN, status pengukuran hidrografi perairan negara, status pencartaan serta cabaran semasa dan akan datang. Beliau juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat keupayaan pengurusan geospatial di sini. Seterusnya, YB Senator Liew meluangkan masa beramah mesra dengan warga PHN di Wisma Indah sebelum berangkat pulang.

Sumber : Media Pusat Hidrografi Nasional

Klik ke galeri

Last modified on Rabu, 27 Februari 2019 03:42

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 61

Semalam 350

Bulan ini 8061

Keseluruhan 549981

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM